MESYUARAT AHLI LEMBAGA KOPUBI BIL 04-2024

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 27hb Disember 2024 yang lalu telah berlangsung Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd. Bil-04/2024 bagi sesi tahun 2024/2025 bertempat di Pejabat Urusan Kumpulan KOPUBI, Station 18, Ipoh Perak.

Mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh En. Sharul selaku Pengerusi Koperasi telah diadakan secara berkala bagi membincangkan aktiviti ekonomi koperasi yang telah dijalankan pada suku ketiga dan suku keempat bagi tahun 2024 serta membincangkan perancangan bagi aktitiviti ekonomi bagi tahun 2025 yang akan datang ini.

Turut hadir ke Mesyuarat Ahli Lembaga KOPUBI ini adalah En. Safuan Othman selaku Timbalan Pengerusi Koperasi, En Haizul Fakarudin, Setiausaha Koperasi, En Mohamad Firdaus, Bendahari Koperasi, Pn Zuraida selaku Penolong Setiausaha serta Barisan Ahli Lembaga serta barisan Ahli Lembaga yang lain.

Baca Lanjut

MESYUARAT AJK INDUK PUBI PERAK BIL – 04/2024

PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN.

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti sosial, kebajikan dan kemasyarakatan.

Terkini pada 26hb Disember 2024 yang lalu, telah berlangsung Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Induk Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) Bil.04/2024 bagi sesi tahun 2023/2027.

Baca Lanjut