MESYUARAT AHLI LEMBAGA KOPUBI BIL 01-2025

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 11hb Februari 2025 yang lalu telah berlangsung Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd. Bil-01/2025 bagi sesi tahun 2024/2025 bertempat di Pejabat Urusan Kumpulan KOPUBI, Station 18, Ipoh Perak.

Mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh En. Sharul selaku Pengerusi Koperasi telah diadakan secara berkala bagi membincangkan aktiviti ekonomi koperasi yang telah dijalankan pada suku keempat tahun 2024 yang lalu dan suku pertama bagi tahun 2025 serta membincangkan perancangan bagi aktitiviti ekonomi bagi tahun 2025 ini.

Turut hadir ke Mesyuarat Ahli Lembaga KOPUBI ini adalah En. Safuan Othman selaku Timbalan Pengerusi Koperasi, En Haizul Fakarudin, Setiausaha Koperasi, Pn Zuraida selaku Penolong Setiausaha serta Barisan Ahli Lembaga serta barisan Ahli Lembaga yang lain.

Baca Lanjut