MAJLIS TAKLIMAT KEPADA PELESEN-PELESEN BAZAR RAMADAN 2025

PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DISAMPING MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN AMAL UNTUK MEMBANTU MASYARAKAT DI LUAR SANA.

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.

Terkini pada 20hb Februari 2025 yang lalu telah berlangsung Majlis Taklimat kepada Pelesen-pelesen Bazar Ramadan dalam kawasan pentadbiran MBI di mana majlis ini telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Stadium Indera Mulia, Ipoh Perak.

Baca Lanjut

KURSUS PEMANTAPAN PRODUK MAAB

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENINGKATKAN JANA PEMBANGUNAN EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 15hb – 16hb Februari yang lalu, KOPUBI Perak Bhd telah menganjurkan sebuah Program yang berimpak tinggi iaitu Kursus Pemantapan Produk MAAB.

Kursus ini telah berlangsung dengan jayanya bertempat bertempat di di Kompleks Penghulu Lahat, Kampung Pengkalan Pegoh, Lahat Perak dan telagh dihadiri oleh Pengurus Kumpulan, Pengurus Pemasaran dan juga Wakil Pemasaran KOPUBI Perak Bhd.

Kursus ini telah dikendalikan oleh Tn Hj Zulkifli Ismail selaku Ketua Pegawai Perniagaan Syarikat MyAngkasa Amanag Bhd merangkap Ahli Lembaga Syarikat.

Baca Lanjut