PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DISAMPING MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN AMAL UNTUK MEMBANTU MASYARAT DI LUAR SANA.

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.

Terkini pada 19hb Mac 2022 yang lalu telah berlangsung Majlis pengundian tapak bazar ramadhan 2022 anjuran PUBI Perak bertempat di dewan orang ramai Kampung Pengkalan Pegoh, Lahat Perak Darul Ridzuan.

AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Operasi Menggantung Banner Bazar Ramadhan 2022

Seramai hampir 30 orang peniaga telah hadir pada sesi pengundian ini yang melibatkan ebih 50 tapak bazar ramadhan dan lebih 20 buah khemah akan disediakan oleh pihak Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI).

Pada majlis tersebut yang turut dihadiri oleh wakil kepada Penghulu Mukim Lahat, Tuan Ekmal Hidhir, wakil daripada Pihak Perkeso Negeri Perak dan wakil daripada Maybank Station 18 yang hadir memberikan untuk memberi taklimat serta tawaran-tawaran yang menarik kepada peniaga yang hadir pada majlis tersebut.

Turut hadir pada majlis ini adalah wakil daripada pihak Majlis Bandaraya Ipoh serta Pengerusi PUBI Perak iaitu En. Sharul Rahman dan Timbalan Pengerusi En Shahrul Izam.

Untuk pengetahuan umum, Pihak Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak telah menyediakan sebanyak hampir 50 tapak periagaan di Bazar Ramadhan Taman Temara dengan kerjasama Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) pada tahun ini melibatkan lebih 30 orang peniaga.

Syukur hasrat untuk PUBI memberi kemudahan kepada peniaga-peniaga kecil mencari rezeki pada tahun ini telah tercapai dengan izinNya.

Sesi pendaftaran dan semakan nama peniaga yang telah hadir pada sesi pengundian tapak bazar Ramadhan.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak MBI kerana memberi kepercayaan kepada pihak PUBI sebagai salah sebuah penganjur bagi Bazar Ramadhan di bawah Majlis Bandara Ipoh.

Tahniah juga kepada seluruh Ahli Jawatankuasa saya yang bertukus lumus menjayakan majlis pada hari ini dan terima kasih kepada peniaga-peniaga yang memberi kerjasama yang baik.

PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.

Semoga PUBI Perak terus maju dan mampan sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.

Insyallah..

#PUBIPerak #NGOUsahawan #NGOPerak