KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENINGKATKAN JANA PEMBANGUNAN EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 15hb – 16hb Februari yang lalu, KOPUBI Perak Bhd telah menganjurkan sebuah Program yang berimpak tinggi iaitu Kursus Pemantapan Produk MAAB.

Kursus ini telah berlangsung dengan jayanya bertempat bertempat di di Kompleks Penghulu Lahat, Kampung Pengkalan Pegoh, Lahat Perak dan telagh dihadiri oleh Pengurus Kumpulan, Pengurus Pemasaran dan juga Wakil Pemasaran KOPUBI Perak Bhd.

Kursus ini telah dikendalikan oleh Tn Hj Zulkifli Ismail selaku Ketua Pegawai Perniagaan Syarikat MyAngkasa Amanag Bhd merangkap Ahli Lembaga Syarikat.

AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI: Perjumpaan Bersama Team MyAngkasa Amanah Bhd

Alhamdulillah, seramai hampir 20 orang peserta telah menyertai kursus ini dan telah dihidangkan dengan ilmu pengetahuan yang mampan berkaitan Pengurusan Harta Pusaka, Hibah dan juga Wasiat.

Turut menghadiri kursus ini adalah Pengerusi KOPUBI Perak Bhd iaitu En.Sharul Rahman dan Ahli Lembaga KOPUBI iaitu Saudara Mohammad Nafis bin Zamah Sari.

Objektif kursus ini diadakan untuk memberi maklumat lengkap berkaitan dengan produk Myangkasa Amanah Bhd, antaranya Mywasiat, Myhibah, Mypusaka dan MyAmanah dan teknik pemasaran yang sesuai untuk pelaksanaan.

Melalui kursus ini, para peserta telah menerima impak tersendiri setelah tamatnya program ini dan beriltizam untuk sama-sama mengerakkan gerakan koperasi agar lebih berdaya saing pada masa hadapan.

Majlis penutup ini telah diserikan dengan kehadiran Ydh Tn Hj Mohamed Shafie Abd Karim, Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Perak sebagai perasmi penutup program dengan ucapan penutup yang berinspirasi serta bermotivasi tinggi.

Turut hadir pada Majlis Penutup ini adalah Pn. Zuraida Zulkepli selaku Penolong Setiausaha dan En. Muhammad Farhan, Timbalan Pengerusi PUBI Perak.

Majlis penutup ini telah diserikan dengan kehadiran Ydh Tn Hj Mohamed Shafie Abd Karim, Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Perak sebagai perasmi penutup program dengan ucapan penutup yang berinspirasi serta bermotivasi tinggi.

Setinggi tahniah diucapkan kepada Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd di atas penganjuran program yang sangat bermakna serta berimpak tinggi ini.

Semoga dengan berlangsungnya kursus ini, KOPUBI Perak Bhd akan dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada segenap masyarakat dan di dalam masa yang sama mampu memberi pendapatan tahunan kepada KOPUBI Perak Bhd.

Seterusnya menjadikan KOPUBI Perak Bhd sebagai salah sebuah Koperasi yang mampan serta mencapai objektif yang telah digariskan sejak penubuhannya.

Diharapkan dengan usaha yang dilakukan ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota KOPUBI Perak Bhd disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak.

Insyallah, KOPUBI Perak Bhd akan mampu menjadi salah sebuah koperasi yang kompiten serta memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak pada masa hadapan.

Insyallah.. 

#KOPUBI #MyAngkasaAmanah #KoperasiUsahawan #MencaknaEkonomiBangsa #GerakanKoperasi #Malaysia