
DALAM USAHA MEMBANGUNKAN USAHAWAN DAN BAKAL USAHAWAN, PUBI PERAK TURUT MEMBANTU MEREKA YANG MEMERLUKAN DAN DI DALAM KESUSAHAN.
Pada 28hb Julai 2019 yang lalu, PUBI Perak selaku Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang paling aktif di Bandaraya Ipoh telah mengadakan lawatan ke rumah waris Allahyarhamah Nur Umairah Jannah di rumah mereka di Sungai Siput (U) Perak Darul Ridzuan.
Mewakili PUBI Perak adalah Pengerusi En. Sharul dan Timbalan baliau En Adzman. Turut sama menyertai lawatan ini adalah Cik Zarina selaku Bendahari Persatuan dan Cik Mawar selaku Penolong Bendahari.
Turut hadir adalah Ahli Mesyuarat JK Kebajikan & Kerohanian Pn Nory & Pn Azmira. Menyambut ketibaan lawatan daripada PUBI Perak adalah Nenek kepada Arwah iaitu Pn Azipah Zainuddin (42) dan Ibu Saudara Arwah iaitu Nurul Hatiqah (19).
Untuk makluman semua Allahyarhamah Nur Umairah Jannah adalah anak istimewa yang mengidap penyakit hydrocephalus (Kepala Besar/Berair).

Beliau telah meninggal dunia pada 10hb Julai 2019 yang lalu ketika sedang menjalani pembedahan di HUKM. Berita kematian beliau telah tersebar dan telah menarik perhatian ramai pihak.
PUBI Perak melalui JK Kebajikan & Kerohanian sebelum itu telah menlancarkan tabung kutipan untuk membantu serta menampung perbelanjaan keluarga ini ketika Allahyarhamah menjalani rawatan dan berjaya mengutip sejumlah wang untuk disampaikan kepada mereka.
Alhamdulillah, amanah dan hasrat penderma budiman semua telah disampaikan kepada waris.. syukur..
Semoga usaha ini diberkati olehNya dan marilah ambil masa dua minit untuk sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarhamah Nur Umairah Jannah.
Al-Fatihah
KOMEN TERKINI