
BERITA – AKHIRNYA, NUR DINIE PERGI JUA
Murid Tahun Satu, Nur Dinie Damia Muhammad Noor, 7, yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru dan disyaki dijangkiti influenza, mningg4l dunia pada 10.41 malam tadi.
Berita Harian melaporkan, bapa Nur Dinie Damia, Muhammad Noor Amin, 38, yang berkongsi berita sedih itu, turut memohon orang ramai mendoakan supaya roh anak bongsunya itu ditempatkan dalam kalangan golongan beriman.
“Anak saya dah tiada. Innalillahiwainailaihirojiun,” katanya dalam mesej ringkas yang dihantar kepada pemberita menerusi WhatsApp, sebentar tadi.
Sebelum itu, pada siang hari, Muhammad Noor yang ditemui pemberita di luar ICU HSA berkata, anaknya mengalami jangkitan pada bahagian hati dan disahkan mengalami 0tak mati selepas menjalani imbasan pada tengah hari, hari ini.
Beliau yang kelihatan sebak berkata, Nur Dinie dimasukkan ke ICU HSA sejak empat hari lalu selepas kesihatannya merudum ketika dirawat di sebuah hospital swasta di Johor Bahru.
“Nur Dinie sebelum ini seorang kanak-kanak yang aktif dan tidak menghidap sebarang penyakit, namun kesihatannya tiba-tiba merudum selepas mengalami demam minggu lalu.
“Hari ketiga demamnya masih tidak kebah menyebabkan saya membawanya ke klinik sebelum dia disahkan dijangkiti Influenza A sebelum dirujuk ke sebuah hospital swasta.
“Keadaan Nur Dinie ketika dirawat di hospital swasta juga tidak menunjukkan perubahan di samping mengalami muntah darah menyebabkan dia kemudiannya dirujuk ke HSA dan dimasukkan ke dalam ICU bagi pemantauan pakar,” katanya.
Terdahulu, Harian Metro hari ini melaporkan, Jabatan Kesihatan Johor (JKJ) mengesahkan seorang murid Tahun Satu (merujuk kepada Nur Dinie Damia) yang dirawat di ICU sebuah hospital di Johor Bahru, dijangkiti Influenza seperti yang tular di media sosial.
Jom Baca Kisah Tular Seorang Wanita yang kerinduan akibat kehilangan suaminya yang tersayang –>
POSTING YANG TULAR DI LAMAN SOSIAL
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Kesihatan dan Sumber Manusia, Aminolhuda Hassan berkata, selain dijangkiti Influenza terdapat juga komplikasi lain yang menyebabkan kanak-kanak terbabit perlu dirawat di ICU dan diletakkan di bawah pengawasan pakar.
“Berdasarkan laporan doktor pakar, kanak-kanak terbabit turut mengalami pelbagai komplikasi lain bukan hanya Influenza sahaja,” katanya pada sidang media di JKJ Johor Bahru, hari ini.
Sementara itu, Aminolhuda memberi jaminan keadaan wabak Influenza di Johor dalam keadaan terkawal dan boleh diuruskan.
Katanya, bekalan perubatan terutama antivirus Influenza di negeri itu masih mencukupi.
“Malah 89 murid prasekolah sehingga Tingkatan Empat yang disyaki dijangkiti Influenza dirawat sebagai pesakit luar dan diminta berehat di rumah masing-masing.
“JKJ tidak merekodkan jumlah pesakit Influenza di negeri ini (Johor) berikutan jangkitan berkenaan tidak tertakluk kepada keperluan pelaporan atau notifikasi mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, seperti jangkitan denggi contohnya yang memerlukan setiap jangkitan direkodkan.
“Pemantauan terhadap kes Influenza Like Illness (ILI) mendapati berlaku peningkatan kes ILI dan severe acute respiratory infection (SARI) sejak pertengahan bulan lalu, namun peningkatan yang direkodkan masih berada dalam julat normal,” katanya.
Jom Baca Kisah Tular Seorang Lelaki Tawar Khidmat Percuma ‘Service’ Untuk Kereta Jenazah –>
BUKAN HANYA INFLUENZA, ADA KOMPLIKASI LAIN
TERDAHULU, Jabatan Kesihatan Johor mengesahkan seorang murid tahun satu yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital di Johor Bahru dijangkiti influenza seperti yang tular di media sosial.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Kesihatan dan Sumber Manusia negeri Aminolhuda Hassan berkata, selain dijangkiti influenza terdapat juga komplikasi lain yang menyebabkan kanak-kanak terbabit perlu dirawat di ICU dan diletakkan bawah pengawasan pakar.
“Berdasarkan laporan doktor pakar, kanak-kanak terbabit turut mengalami pelbagai komplikasi lain bukan hanya influenza sahaja dan keadaannya sedang dipantau rapi, ” katanya pada sidang sidang media di Johor Bahru hari ini.
Hadir sama Pengarah Jabatan Kesihatan Johor Dr Aman Rabu.
Murid berkenaan, Nur Dinie Damia Muhammad Nor Ain, 7, didakwa kritikal dan sedang dirawat di ICU sebuah hospital kerajaan di Johor Bahru sejak beberapa hari lalu tular di media sosial sejak semalam.
Sementara itu, Aminolhuda memberi jaminan keadaan wabak influenza di negeri itu berada dalam keadaan terkawal dan boleh diuruskan.
Menurutnya, bekalan perubatan terutama antivirus influenza di negeri itu masih mencukupi.
“89 murid pra-sekolah sehingga tingkatan empat yang disyaki dijangkiti dirawat sebagai pesakit luar dan diminta berehat di rumah masing-masing.
“Jabatan Kesihatan tidak merekodkan jumlah pesakit influenza di negeri ini berikutan jangkitan berkenaan tidak tertakluk kepada keperluan pelaporan atau notifikasi di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, seperti jangkitan denggi contohnya yang memerlukan setiap jangkitan direkodkan.
“Pemantauan terhadap kes influenza like illness (ILI) mendapati berlaku sedikit peningkatan dan severe acute respiratory infection (SARI) sejak pertengahan bulan lalu namun peningkatan yang direkodkan masih berada dalam julat normal, ” katanya.
Kredit: Harian Metro
KOMEN TERKINI