KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENINGKATKAN JANA PEMBANGUNAN EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 24hb September 2024 yang lalu telah berlangsung sebuah program anjuran ANGKASA Negeri Perak iaitu Kursus Pemantapan Jatidiri & Peluang Perniagaan Bersama Angkasa 2024 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, UTC, Ipoh, Perak.

Pada program yang telah berlangsung ini, KOPUBI Perak Bhd telah menjalankan tanggungjawab sebagai sebuah hub Perkhidmatan Penulisan Wasiat, Hibah dan juga Pengurusan Harta Pusaka di mana telah membuka sebuah Booth Pameran MyAngkasa Amanah Bhd.

Booth ini telah diselia sepenuhnya oleh Wakil-wakil Pemasaran di bawah KOPUBI Perak Bhd. Melalui Booth Pameran ini, para peserta yang menyertai Kursus ini telah diberi penerangan secara rawak tentang kepentingan penulisan wasiat semasa hayat dan manfaat yang bakal diperolehi oleh waris yang ditinggalkan sekira berlakunya kematian kelak.

AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI: Perjumpaan Bersama Persatuan Pengusaha SPA Negeri Perak

Disamping itu, wakil pemasaran KOPUBI Perak Bhd juga turut memberi maklumat lengkap berkaitan dengan produk Myangkasa Amanah Bhd, antaranya Mywasiat, Myhibah, Mypusaka dan MyAmanah dan kepentingan untuk melantik wasi (pentadbir).

Untuk makluman semua, seramai 166 orang peserta mewakili daripada 67 buah koperasi telah hadir ke kursus ini. Turut bersama dalam kursus ini barisan JPAN Perak iaitu Puan Fadzilah Arshad, Timbalan Pengarah JPAN Perak, En Sharul Baha bin Abd Rahman, Setiausaha JPAN Perak, En. Azhar bin Mann, Bendahari JPAN Perak dan Puan Wiza Rozahrin Mohamed Radzi dan Puan Raja Nor Akmar binti Raja Abd Omar selaku JPAN Perak.

Majlis Penutupan Kursus Pemantapan Jatidiri & Peluang Perniagaan Bersama Angkasa telah disempurnakan oleh Ybrs. Tuan Haji Mohamed Shafie Abd Karim, Pengerusi JPAN Perak.

Pada bulan Jun 2024 yang lalu, KOPUBI Perak Bhd telah dilantik sebagai Rakan Niaga Premium Koperasi dengan kerjasama anak syarikat ANGKASA iaitu MyAngkasa Amanah Bhd.

Melalui pelantikan ini, KOPUBI Perak Bhd boleh memberi perkhidmatan serta memasarkan semua produk-produk serta perkhidmatan yang ditawarkan oleh MyAngkasa Amanah Bhd pada kadar yang diselaraskan kepada semua pelanggan.

KOPUBI Perak Bhd telah menjalankan tanggungjawab sebagai sebuah hub Perkhidmatan Penulisan Wasiat, Hibah dan juga Pengurusan Harta Pusaka di mana telah membuka sebuah Booth Pameran MyAngkasa Amanah Bhd.

Dengan ini KOPUBI Perak Bhd telah menjadi sebuah hub penyedia perkhidmatan ini dan bakal menjadi sebuah koperasi yang kompiten serta berdaya maju.

Semoga dengan adanya perkhidmatan tambahan ini maka dijangka perolehan kepada pendapatan tahunan KOPUBI Perak Bhd akan berjaya dipertingkatkan lagi ke tahap yang lebih tinggi.

Seterusnya menjadikan KOPUBI Perak Bhd sebagai salah sebuah Koperasi yang mampan serta mencapai objektif yang telah digariskan sejak penubuhannya.

Diharapkan dengan usaha yang dilakukan ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota KOPUBI Perak Bhd disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak.

Semoga KOPUBI Perak Bhd akan mampu menjadi salah sebuah koperasi yang kompiten serta memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak pada masa hadapan.

Insyallah.. 

#KOPUBI #MyAngkasaAmanah #KoperasiUsahawan #MencaknaEkonomiBangsa #GerakanKoperasi #Malaysia

Leave a Reply