KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENINGKATKAN JANA PEMBANGUNAN EKONOMI DI NEGERI PERAK.
Terkini pada 12hb Disember 2024 yang lalu telah berlangsung sebuah program anjuran ANGKASA Negeri Perak iaitu Program Jelajah Transformasi Koperasi Sekolah Bersama PIBG Peringkat Negeri Perak (Siri II) bertempat di Hotel Orient Star, Lumut Perak.
Pada program yang telah berlangsung ini, KOPUBI Perak Bhd telah menjalankan tanggungjawab sebagai sebuah hub Perkhidmatan Penulisan Wasiat, Hibah dan juga Pengurusan Harta Pusaka di mana telah membuka sebuah Booth Pameran MyAngkasa Amanah Bhd.
Booth ini telah diselia sepenuhnya oleh Wakil-wakil Pemasaran di bawah KOPUBI Perak Bhd.
AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI: Perjumpaan Bersama Team MyAngkasa Amanah Bhd
Melalui Booth Pameran ini, para peserta yang menyertai program ini telah diberi penerangan secara rawak tentang kepentingan penulisan wasiat semasa hayat dan manfaat yang bakal diperolehi oleh waris yang ditinggalkan sekira berlakunya kematian kelak.
Di samping itu, wakil pemasaran KOPUBI Perak Bhd juga turut memberi maklumat lengkap berkaitan dengan produk Myangkasa Amanah Bhd, antaranya Mywasiat, Myhibah, Mypusaka dan MyAmanah dan kepentingan untuk melantik wasi (pentadbir).
Untuk makluman semua, Program Jelajah Transformasi Koperasi Sekolah Bersama PIBG Peringkat Negeri Perak 2024 adalah anjuran Angkasa Negeri Perak dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perak, SKM Negeri Perak dan rakan strategik Angkasa Negeri Perak, VX Steps Sdn Bhd.
Program kali ini menumpukan kepada koperasi-koperasi sekolah di daerah Perak Tengah, Manjung, Hilir Perak dan Bagan Datuk yang mana seramai 59 orang Pengetua dan 38 orang YDP PIBG hadir untuk kali ini.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Ybrs. Puan Zuhaini binti Romli , Pengarah SKM Negeri Perak. Turut hadir bersama dalam majlis perasmian ini ,Ybrs. Tuan Haji Mohd Shafie Abd Karim, Pengerusi JPAN Perak dan Tuan Haji Musa bin Haji Hamid, Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Manjung.
Matlamat utama dalam program adalah penekanan kepada Peraturan dan Garis Panduan yang perlu dipatuhi oleh koperasi sekolah di samping maklumat-maklumat seperti bentuk-bentuk pembiayaan dan bantuan yang ditawarkan oleh pihak SKM khususnya.
En. Shahrizan Abdullah, Timbalan Pengarah SKM Negeri Perak dijemput untuk menyampaikan taklimat berkaitan dengan akses pembiayaan di bawah seliaan SKM Negeri Perak dan taklimat peluang perniagaan bersama Angkasa yang disampaikan oleh En. Nadzrif Othman, Pengurus Jualan dan Pemasaran Kumpulan Perniagaan Angkasa.
Majlis ini lebih berseri dengan kehadiran Puan Rohaya Morat, wakil dari Koperasi Sekolah Menengah Sains Teluk Intan Bhd (SEMESTI) yang mana beliau berkongsi kejayaan Koperasi SEMESTI dalam mencapai perolehan RM 1 Juta.
Dalam menempuh era pendigitalan sekolah dan koperasi khususnya, Syarikat VX Steps Sdn Bhd dijemput bagi memberi taklimat berkenaan kad pintar pelajar yang mana ini merupakan satu platform yang boleh digunakan sebagai medium baru dalam perekodan transaksi dan penyimpanan data.
Turut bersama dalam program ini wakil dari Jawatankuasa Perhubungan Angkasa Negeri Perak, antaranya En Sharul Baha bin Abd Rahman dan En Azhar Mann, selaku Setiausaha dan Bendahari JPAN Perak dan En. Muhammad Syahmi Bin Mohammad.
Untuk makluman semua, pada bulan Jun 2024 yang lalu, KOPUBI Perak Bhd telah dilantik sebagai Rakan Niaga Premium Koperasi dengan kerjasama anak syarikat ANGKASA iaitu MyAngkasa Amanah Bhd.
Melalui pelantikan ini, KOPUBI Perak Bhd boleh memberi perkhidmatan serta memasarkan semua produk-produk serta perkhidmatan yang ditawarkan oleh MyAngkasa Amanah Bhd pada kadar yang diselaraskan kepada semua pelanggan.
Dengan ini KOPUBI Perak Bhd telah menjadi sebuah hub penyedia perkhidmatan ini dan bakal menjadi sebuah koperasi yang kompiten serta berdaya maju.
Semoga dengan adanya perkhidmatan tambahan ini maka dijangka perolehan kepada pendapatan tahunan KOPUBI Perak Bhd akan berjaya dipertingkatkan lagi ke tahap yang lebih tinggi.
Seterusnya menjadikan KOPUBI Perak Bhd sebagai salah sebuah Koperasi yang mampan serta mencapai objektif yang telah digariskan sejak penubuhannya.
Diharapkan dengan usaha yang dilakukan ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota KOPUBI Perak Bhd disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak.
Semoga KOPUBI Perak Bhd akan mampu menjadi salah sebuah koperasi yang kompiten serta memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak pada masa hadapan.
Insyallah..
#KOPUBI #MyAngkasaAmanah #KoperasiUsahawan #MencaknaEkonomiBangsa #GerakanKoperasi #Malaysia
KOMEN TERKINI