
KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENINGKATKAN JANA PEMBANGUNAN EKONOMI DI NEGERI PERAK.
Terkini pada 24hb Januari 202 yang lalu telah berlangsung sebuah program iaitu Program Bicara Naratif Reformasi Kecemerlangan Pendidikan Negeri Perak 2025 anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Perak bertempat di Institut Kemahiran Belia Negara, Seri Iskandar, Perak.
Program ini diwujudkan sebagai platform interaksi dan komunikasi antara Pengarah Pendidikan, Pengurusan Tertinggi Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Pengurusan Tertinggi Pejabat Pendidikan Daerah, semua Pengetua dan Guru Besar serta agensi-agensi pendidikan lain di negeri Perak serta pihak berkepentingan termasuk Kerajaan Negeri Perak.
Program ini bertujuan untuk memperincikan strategi serta hala tuju yang akan dilaksanakan bagi memastikan keberhasilan pendidikan negeri Perak sejajar dengan dasar pendidikan kebangsaan serta memenuhi aspirasi pendidikan negara yang terkini.
AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI: Kelas Teknikal Team MAAB – KOPUBI
Sasaran penglibatan dalam program ini seramai 1300 tercapai dengan usaha dari pelbagai pihak dilihat sebagai satu inisiatif yang sangat baik dalam usaha meletakkan platform ini sebagai satu sesi perjumpaan bersama Pengarah Pendidikan Negeri Perak, Yang Berusaha En Safuan bin Hj Raba’ai yang telah dilantik berkuatkuasa pada 28 Oktober 2024 yang lalu.
Pada program yang telah berlangsung ini, KOPUBI Perak Bhd telah menjalankan tanggungjawab sebagai sebuah hub Perkhidmatan Penulisan Wasiat, Hibah dan juga Pengurusan Harta Pusaka di mana telah membuka sebuah Booth Pameran MyAngkasa Amanah Bhd. Booth ini telah diselia sepenuhnya oleh Wakil-wakil Pemasaran di bawah KOPUBI Perak Bhd.
Melalui Booth Pameran ini, para peserta yang menyertai Kursus ini telah diberi penerangan secara rawak tentang kepentingan penulisan wasiat semasa hayat dan manfaat yang bakal diperolehi oleh waris yang ditinggalkan sekira berlakunya kematian kelak.
Disamping itu, wakil pemasaran KOPUBI Perak Bhd juga turut memberi maklumat lengkap berkaitan dengan produk Myangkasa Amanah Bhd, antaranya Mywasiat, Myhibah, Mypusaka dan MyAmanah dan kepentingan untuk melantik wasi (pentadbir).
Untuk makluman semua, ANGKASA Negeri Perak telah dijemput untuk hadir dalam program ini yang mana peluang untuk membuka reruai pameran telah dimanfaat bersama koperasi-koperasi Ahli Angkasa, antaranya Koperasi Komuniti Agro Perak Bhd, Koperasi Usahawan Internet Malaysia Bhd termasuk Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Bhd.
Di peringkat Angkasa Negeri Perak juga, pelbagai produk Angkasa diperkenalkan dalam program ini, antaranya biskut jenama Funway dan air mineral Coop yang sudah berada di pasaran dan mendapat tempat di hati pembeli.

Antara lain mendapat tumpuan dalam program ini adalah produk wasiat dan hibah di bawah Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI) dan Motosikal Elektrik yang diperkenalkan melalui Koperasi Usahawan Internet Malaysia Bhd (K-BERHAD).
Dalam masa yang sama, rakan strategik Angkasa Negeri Perak juga dijemput untuk memeriahkan lagi program ini iaitu VX Ventures Sdn Bhd yang memperkenalkan digital platform dalam pengurusan koperasi sekolah.
Ydh. Tuan Haji Mohamed Shafie Abd Karim, Pengerusi Angkasa Negeri Perak hadir dalam program ini bersama En.Sharul Baha Abd Rahman, selaku Setiausaha Angkasa Negeri Perak.
Diharapkan dengan usaha yang dilakukan ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota KOPUBI Perak Bhd disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak.
Semoga KOPUBI Perak Bhd akan mampu menjadi salah sebuah koperasi yang kompiten serta memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak pada masa hadapan.
Insyallah..
#KOPUBI #MyAngkasaAmanah #KoperasiUsahawan #MencaknaEkonomiBangsa #GerakanKoperasi #Malaysia
KOMEN TERKINI