INFO – CARA MENDAFTAR LHDN SECARA ‘ONLINE’ BAGI PEMOHON BANTUAN GERAN PRIHATIN KHAS RM3000 PKS (MIKRO)

TERKINI: PERMOHONAN GERAN KHAS PRIHATIN (GKP) RM3000 UNTUK PKS KINI TELAH DIBUKA!

Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin selaku Perdana Menteri Malaysia melalui Kemeterian Kewangan Malaysia telah mengumumkan insentif khas kepada Pengusaha PKS (Mikro) ekoran mengalami kerugian kerana aktiviti ekonomi telah terhenti disebabkan wabak Covid-19 yang melanda negara kini. 

Pengumuman ini merupakan berita baik kepada para pengusaha dalam industri perusahaan kecil dan sederhana iatu selain daripada tambahan Program Subsidi upah, ia adalah Geran Khas PRIHATIN berjumlah RM2.1 bilion bagi semua syarikat PKS mikro yang berkelayakan.

Antara yang diumumkan oleh Perdana Menteri kita adalah Geran Khas Prihatin PKS iaitu bantuan khas kepada pengusaha/peniaga PKS dengan bantuan geran sebanyak RM3,000 untuk setiap seorang/syarikat.

BACA LANJUT: Cara Memohon Geran Khas Prihatin (GKP) RM3000 Untuk PKS

Geran Khas sebanyak RM3,000 untuk setiap syarikat mikro yang akan memanfaatkan hampir 700,000 PKS mikro di seluruh negara dengan syarat PKS mikro perlulah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk menikmati kemudahan ini.

Setiap syarikat mikro/pengusaha/peniaga PKS juga perlulah berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Sehubungan dengan itu, Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI Perak) sebagai salah sebuah persatuan yang prihatin ingin melampirkankan Cara Mendaftar LHDN Secara ‘Online’ Bagi Pemohon Bantuan Geran Prihatin Khas RM3000 PKS (Mikro) kepada anda semua bagi membantu usahawan di luar sana yang ingin mendapatkan bantuan geran dari pihak kerajaan ini.

Cara Mendaftar LHDN dan mendapatkan No.Pin kali pertama Secara ‘Online’ ini juga boleh di dapati di laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri di alamat http://www.hasil.gov.my/.

CARA MENDAFTAR LHDN SECARA ‘ONLINE’ BAGI PEMOHON BANTUAN GERAN PRIHATIN KHAS RM3000 PKS (MIKRO)

Berikut adalah panduan untuk mengakses masuk atau login ke ezHasil bagi mereka yang belum pernah berbuat demikian atau pertama kali menggunakan sistem e-Filling income tax secara online.

Disertakan juga cara membuat permohonan Nombor Pin untuk Login buat Kali Pertama.

1. CARA MENDAFTAR NOMBOR CUKAI PENDAPATAN SECARA ONLINE

  • Sila layari ke laman web edaftar.hasil.gov.my
  • Sebelum mengisi borang dalam laman ini, semak terlebih dahulu sama ada pernah mempunyai nombor cukai pendapatan atau belum. Sekiranya pernah ada nombor cukai, abaikan step pendaftaran. Terus skip ke step memohon nombor pin e-filing.
  • Untuk semak sama ada sudah mendaftar nombor cukai atau belum, boleh layari ke link http://edaftar.hasil.gov.my/semaknocukai/index.php. Jika tiada rekod, boleh ke step seterusnya. 
  • Layari ke link http://daftarindividu.hasil.gov.my/dafsgjpnvdprd.php untuk mengisi borang pendaftaran nombor cukai pendapatan. Mana-mana bahagian yang bertanda (*) adalah wajib untuk diisi.
  • Sekiranya mempunyai perniagaan ataupun komisen income, wajib klik pada bahagian “Maklumat Perniagaan-Jika Ada (Sila Klik)”. Sekiranya tiada, boleh abaikan bahagian tersebut.
  • Sesudah lengkap mengisi borang itu, semak semula maklumat yang diisi dikhuatiri tertinggal sebarang maklumat atau berlakunya salah isi.
  • Selesai di situ, boleh klik hantar atau submit.
  • Selepas submit, nombor cukai dan lokasi cawangan file cukai akan diberi. Simpan maklumat ini sebaik mungkin kerana ianya akan digunakan setiap kali adanya urusan percukaian.
Image from LHDNM

Untuk submission borang cukai pendapatan secaraonline pula, perlu mempunyai nombor pin e-filling terlebih dahulu sebelum dibenarkan akses ke laman tersebut.

2. CARA MEMOHON NOMBOR PIN eFILING SECARA ONLINE

Image from LHDNM

Sekiranya menggunakan PC, boleh downloadPDF, manakala jika menggunakan telefon bimbit, boleh save as image dan crop pada borang ini sahaja.

Buat yang menggunakan PC namun tiada printer di rumah, hanya perlu insert text pada PDF tersebut dan isi borang mengikut semua maklumat yang diperlukan. Buat yang menggunakan telefon bimbit pula, edit photo lalu insert text.

Step terakhir ialah menandatangani borang itu. Kalau menggunakan PC dan tiada printer, apa yang boleh dilakukan ialah menghantar PDF ke telefon bimbit, kemudian screenshotedit photo, pilih tool pencil, dan tandatangan. Kalau menggunakan telefon bimbit dari awal, bolehedit photo, pilih tool pencil, dan tandatangan.

Sekiranya ingin submit menggunakan PC, perlu hantar semula file dari telefon bimbit tadi ke PC untuk dimuat naik pada website.

Klik Seterusnya untuk mengisi borang maklum balas bagi permohonan nombor pin atau boleh terus ke link https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-MY/form.aspx?path=https://borangmaklumbalas.hasil.gov.my/Submission/Submission/?id=132#/create/1

Image from LHDNM
  • Lengkapkan borang.
  • Subjek letak “Mohon Nombor Pin”.
  • Pilih TIDAK pada kolum ‘Borang CP600B dilampirkan’.
  • Muat naik atau upload borang CP55D yang telah diisi sebentar tadi.
  • Lampirkan bersama salinan pengenalan diri.
  • Pada bahagian Butiran sila isi, “Dilampirkan Borang CP55D dan salinan pengenalan diri untuk rujukan selanjutnya.”
  • Akhir sekali klik submit.
  • Selepas submit, anda akan menerima maklumat rujukan seperti gambar di bawah. Tolong simpan sebagai rujukan untuk check maklum balas dari LHDN berkenaan nombor pin yang telah dipohon.
Image from LHDNM

Selain itu, boleh juga merujuk kepada gambar rajah di bawah tentang proses permohonan nombor pin e-filling ini secara ringkas.

Sumber: Twitter Azrul Izzaham, Says.com

Infomasi lain berkaitan Geran Khas Prihatin PKS yang disediakan oleh Kerajaan;

  1. Permohonan Geran Prihatin Khas Perniagaan Mikro RM3,000
  2. Cara Memohon Geran Khas Prihatin (GKP) RM3000 Untuk PKS
  3. Soalan Lazim Berkaitan Geran Khas Prihatin (RM3,000) PKS
  4. Syarat-Syarat Bantuan Prihatin RM3000 Untuk Setiap Pengusaha PKS Mikro
  5. Geran Khas Prihatin Tambahan PKS (Perusahaan Kecil Dan Sederhana Serta Mikro)
  6. Panduan Memohon Pembiayaan Mikro BSN 0% Faedah Di Bawah Program Geran Khas Prihatin PKS
  7. Panduan Memohon Pembiayaan Tanpa Faedah Tekun Nasional Di Bawah Program Geran Khas PKS
  8. Soalan Lazim Mengenai Langkah-Langkah Bank Negara Untuk Membantu Individu, PKS Dan Syarikat Korporat Yang Terjejas Oleh Wabak Covid-19