
INFO: PERMOHONAN DanaNITA MARA – SKIM PEMBIAYAAN PERNIAGAAN WANITA
Usahawan wanita di seluruh negara yang memerlukan pembiayaan perniagaan, Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempelawa usahawan wanita untuk memohon Skim Pembiayaan Perniagaan Khas Wanita (DanaNITA).
Menerusi DanaNITA ini, pemohon yang layak akan menerima pembiayaan perniagaan sehingga RM50,000. Terdapat dua tujuan utama DanaNITA ini diwujudkan kepada usahawan wanita iaitu:
- Memperhebatkan penyertaan wanita dalam aktiviti keusahawanan, memperkasakan usahawan wanita sedia ada dan meningkatkan pendapatan isi rumah
- Pembiayaan khusus kepada usahawan wanita Bumiputera bagi tujuan mengembangkan perniagaan
KOMEN TERKINI