TABUNG KASIH 2025

SUMBANGAN UNTUK KELENGKAPAN RAYA DAN KEPERLUAN ASAS DIPERLUKAN UNTUK RUMAH ANAK YATIM DAN FAKIR MISKIN YAYASAN AMANAH AN-NUR MAISARAH, CHEMOR PERAK.

Assalamualaikum kepada sahabat semua,

Insyallah pada tahun ini Kumpulan PUBI akan mengadakan Majlis Iftar dan meraikan Anak-anak Yatim dan Fakir Miskin Yayasan Amanah An-Nur Maisarah, Chemor Perak.

Oleh itu kami Ingin memohon sumbangan ikhlas bagi membantu meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh Rumah Anak Yatim dan Miskin Yayasan Amanah An-Nur Maisarah, Chemor Perak ini.

Sumbangan tunai tersebut juga akan disalurkan kepada golongan yang memerlukan ini bagi menampung keperluan harian anak-anak yatim tersebut serta membayar bil-bil utitili dan kos pengurusan pusat kebajikan ini.

Sumbangan tuan/puan/datuk/datin akan diserahkan sewaktu Majlis Iftar yang akan berlangsung pada 21hb Mac 2025 nanti bertempat di No. 33581-B, Jalan Ipoh – Chemor, Batu 9, 31200, 31100 Chemor, Perak Darul Ridzuan.

Semoga dengan sumbangan tuan/puan/datuk/datin ini nanti akan mendapat meringankan beban mereka dan keberkatan dari ALLAH SWT serta pahala yang berlipat ganda dariNya.

“Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki maupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.” (Qs. Al Hadid: 18)

Sumbangan anda boleh dibuat melalui link berikut –> https://toyyibpay.com/Sumbangan-Tabung-Kasih-2025

Atau bank in ke akaun Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) seperti berikut;
5582 7500 8858 (Maybank)

Akhir kata, selamat menjalani ibadah puasa dan semoga amalan kita di bulan yang sangat mulia ini diterima olehNya.

Insyallah..

SEBARANG PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI: +6012-566 9310 (En. Nafis) atau klik link whatsapp berikut —> www.wasap.my/60125669310/Sumbangan+Tabung+Kasih+2025

TAKLIMAT PENGANJUR BAZAR RAMADAN MAJLIS BANDARAYA IPOH 2025

PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti sosial, kebajikan dan kemasyarakatan.

Terkini pada 25hb Januari 2025 yang lalu, PUBI Perak telah dijemput untuk hadir ke sebuah sesi Taklimat Penganjuran Bazar Ramadan Majlis Bandaraya Ipoh 2025 anjuran Jabatan Kesihatan dan Jabatan Perlesenan MBI dan telah diadakan di Dewan Sebaguna Bandar Baru Tambun, Jalan Tambun Permai di Ipoh.

Baca Lanjut

MALAM APRESIASI RAKAN NIAGA KORPORAT MYANGKASA AMANAH BERHAD 2024

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENINGKATKAN JANA PEMBANGUNAN EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 24hb Januari 2024 yang lalu telah berlangsung Malam Apresiasi Rakan Niaga Korporat MyAngkasa Amanah Berhad 2024 anjuran syarikat MyAngkasa Amanah Bhd bertempat di Wyndham Grand Bangsar, Kuala Lumput.

Mewakili KOPUBI Perak Bhd ke Malam Apresiasi Rakan Niaga Korporat MyAngkasa Amanah Berhad 2024 adalah En Sharul Rahman selaku Pengerusi KOPUBI Perak Bhd dan Pengurus Kumpulan MAAB Team KOPUBI iaitu Saudara Aiman.

MyAngkasa Amanah Berhad (MAAB), anak syarikat Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) yang juga syarikat amanah tunggal milik koperasi di Malaysia, melakar sejarah baharu dengan menawarkan perkhidmatan pendaftaran wasiat dan hibah secara digital.

Baca Lanjut

BOOTH PAMERAN PERKHIDMATAN MYANGKASA AMANAH BHD

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENINGKATKAN JANA PEMBANGUNAN EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 24hb Januari 202 yang lalu telah berlangsung sebuah program iaitu Program Bicara Naratif Reformasi Kecemerlangan Pendidikan Negeri Perak 2025 anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Perak bertempat di Institut Kemahiran Belia Negara, Seri Iskandar, Perak.

Program ini diwujudkan sebagai platform interaksi dan komunikasi antara Pengarah Pendidikan, Pengurusan Tertinggi Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Pengurusan Tertinggi Pejabat Pendidikan Daerah, semua Pengetua dan Guru Besar serta agensi-agensi pendidikan lain di negeri Perak serta pihak berkepentingan termasuk Kerajaan Negeri Perak.

Program ini bertujuan untuk memperincikan strategi serta hala tuju yang akan dilaksanakan bagi memastikan keberhasilan pendidikan negeri Perak sejajar dengan dasar pendidikan kebangsaan serta memenuhi aspirasi pendidikan negara yang terkini.

Baca Lanjut