
TERKINI – HAIZUL FAKARUDIN DILANTIK SEBAGAI SETIAUSAHA PUBI PERAK YANG BAHARU BAGI SESI 2021/23
Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) pada hari ini mengumumkan secara rasmi pelantikan Saudara Haizul Fakarudin bin Mohamed Redzuan sebagai Setiausaha Kehormat yang baharu berkuat serta-merta bagi memperkasa gerakan NGO usahawan yang diusahakan oleh PUBI Perak sejak penubuhannya pada 15 April 2016 yang lalu.
Haizul Fakarudin (40), mempunyai pengalaman yang luas di dalam bidang keusahawan dan NGO telah menjadi Ahli persatuan pada awal penubuhan persatuan serta pernah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Induk Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak bagi tahun 2016 sehingga 2017 yang lalu.
Beliau juga merupakan pengasas bersama Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd. (KOPUBI) dan telah memegang jawatan sebagai Ahli Lembaga Penaja koperasi pada 15 Disember 2017.
Baca Lanjut →
KOMEN TERKINI