
KUMPULAN PUBI SEBAGAI SEBUAH ENTITI YANG MEMPERJUANGKAN MISI & VISI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN TELAH MENGGARISKAN BEBERAPA MANFAAT UNTUK DINIKMATI OLEH SETIAP AHLI DAN ANGGOTA BERDAFTAR YANG BERNAUNG DI BAWAH PAYUNG KUMPULAN INI.
Sempena tahun 2020 yang menerpa kita, Kumpulan PUBI telah mengorak langkah dengan mengumumkan beberapa Manfaat Ekslusif serta Insentif 2020 yang bakal dinikmati oleh lebih 500 ahli dan anggota yang bernaung di bawah Kumpulan ahli-ahli Pasar Malam yang berniaga di Pasar Malam anjuran PUBI Perak.
Kumpulan PUBI sangat yakin dan berharap agar dengan manfaat serta insentif yang disediakan ini akan dapat menyemarakkan lagi semangat kekitaan serta semangat satu pasukan di kalangan ahli dan anggota Kumpulan PUBI disamping akan menyatu-padukan kita di bawah satu payung yang memupuk semangat keusahawanan yang tinggi.

KOMEN TERKINI