KEJOHANAN TERBUKA BADMINTON PIALA HARAPAN 2019

SELAIN MENJALANKAN AKTIVITI KEUSAHAWAN PUBI PERAK JUGA MENGANJURKAN AKTIVITI KESUKANAN BAGI TUJUAN MELAHIRKAN ATLIT-ATLIT YANG BERJAYA PADA MASA HADAPAN..

Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI Perak) selaku Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang aktif di Bandaraya Ipoh pada 8hb September 2019 yang lalu dengan kerjasama Pusat Khidmat Ahli Parlimen Gopeng telah menganjurkan Kejohanan Terbuka Badminton Piala Harapan 2019 dan telah berlangsung dengan jayanya di HST Ipoh Badminton Arena, Ipoh Perak Darul Ridzuan.

Baca Lanjut

SEMINAR BIJAK URUS WANG BUSINESS

PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Terkini Pada 26hb Ogos 2019 yang lalu, PUBI Perak melalui JK Pembangunan Usahawan telah mengadakan sebuah seminar yang sangat bermanfaat untuk bakal usahawan dan usahawan di semua peringkat iaitu Seminar Bijak Urus Wang Bisnes.

Baca Lanjut

PROGRAM RIADAH BERSAMA ANAK YATIM DAN ASNAF

DALAM USAHA MEMBANTU USAHAWAN DENGAN AKTIVITI-AKTIVITI KEUSAHAWAN, PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH TIDAK MELUPAKAN GOLONGAN YANG MEMERLUKAN

Terkini, pada 24hb Ogos 2019 yang lalu, PUBI Perak melalui JK Kebajikan dan Kerohanian telah mengadakan sebuah program riadah bersama anak-anak yatim dan asnaf iaitu berupa lawatan ke Zoo Taiping dan Galeri Sultan Azlan Shah Kuala Kangsar disamping beberapa aktiviti lain.

Baca Lanjut

MESYUARAT AJK INDUK PUBI PERAK BIL – 03/2019

PERSATUAN USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK SENTIASA KOMITED UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN MELALUI PERGERAKAN NGO YANG DINAMIK DAN TERSUSUN.

Terkini pada 18hb Ogos 2019 yang lalu, telah berlangsung Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Induk Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak – Bil.03/2019 bagi sesi 2019/22 di Pejabat Urusan PUBI Perak.

Baca Lanjut