SETINGGI-TINGGI TAHNIAH YB DATO’ SAARANI

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH

KUMPULAN PUBI yang terdiri daripada Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh (PUBI), Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd. (KOPUBI) dan Kelab Belia Pemacu Usahawan Bandar Ipoh (KBPUBI) ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi TAHNIAH kepada Yang Berhormat Dato’ Saarani Bin Mohamad di atas pelantikan sebagai Menteri Besar Perak ke-14 pada 10hb Disember 2020.

Semoga Yang Berhormat meneruskan agenda membantu rakyat di Negeri Perak dan terus memperjuangkan nasib rakyat terutamanya golongan usahawan dan bakal usahawan serta menyokong gerakan koperasi di Negeri Perak ini.

Daripada,
Ahli Jawatankuasa, Ahli Lembaga & Anggota Kabinet Kumpulan PUBI

SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN & UCAPAN TERIMA KASIH

SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN & UCAPAN TERIMA KASIH

KUMPULAN PUBI yang terdiri daripada Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh (PUBI), Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd. (KOPUBI) dan Kelab Belia Pemacu Usahawan Bandar Ipoh (KBPUBI) ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu di atas khidmat dan bakti beliau selaku Menteri Besar Perak dari tahun 2018 sehingga 4hb Disember 2020.

Semoga Yang Berhormat meneruskan agenda membantu rakyat di Negeri Perak dan terus memperjuangkan nasib rakyat terutamanya golongan usahawan dan bakal usahawan serta menyokong gerakan koperasi di Negeri Perak ini.

Daripada,
Ahli Jawatankuasa, Ahli Lembaga & Anggota Kabinet Kumpulan PUBI

DIRGAHAYU TUANKU

SEMOGA DIRAHMATI DAN DIBERKATI ALLAH!

DIRGAHAYU TUANKU!

Merafak Sembah Dan Setinggi-Setinggi Ucapan Tahniah.

DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH AL-MAGHFUR-LAH SULTAN, YANG DI-PERTUA DAN RAJA PEMERINTAH NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN.

Sempena Ulang Tahun Keputeraan Tahun 2020.

“Semoga Allah SWT Memberkati Pemerintahan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan”

Daripada,
Ahli Jawatankuasa, Ahli Lembaga & Anggota Kabinet Kumpulan PUBI

SANTAI BOWLING KELUARGA KUMPULAN PUBI

PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DI SAMPING MENGADAKAN PROGRAM-PROGRAM RIADAH BAGI MENGERAT PENYATUAN DI KALANGAN AHLI YANG BERNAUNG DI BAWAH SATU PAYUNG.

Terkini buat julung kalinya, pada 12hb September yang lalu. PUBI Perak di bawah Jawatankuasa Kebajikan dan Kerohanian telah menganjurkan sebuah program amal bagi mengutip dana pendidikan Kumpulan PUBI bagi tahun 2020 ini.

Sebahagian daripada yuran penyertaan acara ini telah disumbangkan kepada tabung kebajikan (Pendidikan) Kumpulan PUBI yang telah dikelolakan sejak tahun lepas di bawah jawatankuasa ini.

Alhamdulillah, program yang dirancang ini telah berjalan dengan baik di mana majlis perasmian telah disempurnakan oleh Puan Puteri Holijah Muhamad Rali (SK Puteri Holijah) selaku Ahli Majlis Perbandaran Ipoh (MBI) dan sekalung penghargaan serta terima kasih di atas kesudian untuk hadir bersama kami.

Baca Lanjut