PROGRAM TEMU RAPAT KUMPULAN PUBI

BUAT PERTAMA KALINYA, KUMPULAN PUBI AKAN BERGABUNG DI BAWAH SATU PROGRAM YANG AKAN MENGUKUHKAN LAGI PERHUBUNGAN DAN PERSEFAHAMAN DEMI PEMBANGUNAN USAHAWAN DI NEGERI PERAK INI!

Jawatankuasa Majlis Tertinggi Kumpulan PUBI dengan sukacitanya akan menganjurkan Program Temu Rapat Kumpulan PUBI yang akan melibatkan Ahli-ahli Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI Perak), Anggota Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI), Ahli Kelab Belia PUBI Perak (KBPUBI) dan Ahli Peniaga Pasar Malam anjuran PUBI Perak.

Baca Lanjut

RAKAMAN LAGU RASMI KUMPULAN PUBI

PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti sosial, kebajikan dan kemasyarakatan.

Terkini pada 9hb November 2019 yang lalu, PUBI Perak selaku Persatuan Usahawan dan NGO yang aktif di Negeri Perak telah merancang untuk mehasilkan sebuah lagu rasmi Kumpulan PUBI di mana lagu ini akan diperdengarkan kepada umum sewaktu penganjuran program-program di bawah Kumpulan PUBI iaitu PUBI Perak (NGO), Koperasi (KOPUBI) dan Kelab Belia PUBI (KBPUBI).

Baca Lanjut