KOPUBI UMUM BAYARAN DIVIDEN SEBANYAK 10% BAGI TAHUN 2019

TERKINI: KOPUBI UMUM BAYARAN DIVIDEN SEBANYAK 10% BAGI TAHUN 2019

Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI) sentiasa meneruskan misi dan visinya untuk menjadi sebuah koperasi yang berdaya saing serta mampu menjana ekonomi di negeri perak.

Pelbagai aktiviti ekonomi telah dirancang dan dilaksanakan oleh KOPUBI Perak Bhd sejak ditubuhkan pada 15hb Disember 2020 yang lalu oleh Ahli Jawatankuasa Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI).

Alhamdulillah, setelah hampir 3 tahun beroperasi, KOPUBI Perak Bhd telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan sebanyak dua kali dan yang terkini, Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi telah berjaya dilaksanakan pada 15hb Ogos 2020 yang lalu.

Baca Lanjut

FB PAGE PUBI PERAK KINI MENCECAH LEBIH 15,000 LIKES

TERKINI – BERKAT USAHA GIGIH DAN SOKONGAN PADU, FB PAGE PUBI PERAK KINI MENCECAH LEBIH 15,000 LIKES

Hari ini dalam sejarah, Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI Perak) selaku Persatuan Usahawan dan NGO Perak paling aktif di Bandaraya Ipoh telah mempunyai lebih 15,000 likes dan followers di laman sosial facebook.

Bermula dari 0 likes kira-kira 4 tahun yang lalu kini sudah berada pada tahap yang boleh dibanggakan. Tahniah kepada AJK PUBI Perak yang berusaha gigih untuk mempromosi FB Page ini kepada semua warga Netizen khususnya di Bandaya Ipoh.

Semoga PUBI Perak selaku Persatuan Usahawan dan NGO Perak paling aktif di Bandaraya Ipoh terus maju dan mengorak langkah dengan lebih bergaya pada masa hadapan. Insyallah..

Baca Lanjut

LAWATAN KE TAPAK PASAR MALAM SILIBIN

PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Terkini pada 8hb Oktober 2020 yang lalu, Gabungan Penganjur Pasar Malam dan Pasar Pagi Kinta telah mengadakan program lawatan dan pemantauan pematuhan SOP PKPP di Tapak Pasar Malam anjuran persatuan gabungan iaitu Persatuan Penjaja Peniaga Kecil Melayu Perkasa (PERKASA).

Tujuan lawatan ini adalah untuk melihat dan memantau pematuhan SOP Pembukaan Semula Pasar Malam di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang telah dikuat kuasakan oleh pihak kerajaan.

Baca Lanjut

JOM DAFTAR BENGKEL KEMAHIRAN MEMBUAT VIDEO & EDITING

JOM DAFTAR BENGKEL KEMAHIRAN MEMBUAT VIDEO & EDITING


KUMPULAN PUBI SEBAGAI SALAH SEBUAH GERAKAN NGO, KOPERASI DAN BELIA YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENGANJURKAN SEBUAH PROGRAM YANG AKAN MEMBANTU USAHAWAN SERTA MAMPU MENINGKATKAN JUALAN SERTA KREDIBILITI SESEBUAH PERNIAGAAN.

Bengkel tersebut adalah Bengkel Kemahiran Membuat Video & Editing di mana melalui bengkel ini peserta akan mempelajari perkara asas dan perkara penting untuk meningkatkan jualan serta jenama masing-masing melalui platform applikasi video dan YouTube.

Bengkel yang mensasarkan golongan belia bawah 40 tahun ini adalah anjuran Kelab Belia Pemacu Usahawan Bandar Ipoh (KBPUBI) dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan Usahawan PUBI Perak (JKPU).

Untuk makluman semua, KBPUBI sebagai sebuah NGO Belia sangat faham akan kepentingan pemasaran melalui teknik video di kalangan usahawan belia dan bakal usahawan belia yang ingin meningkatkan jualan serta mengembangkan perniagaan masing-masing di dalam dunia perniagaan yang kian mencabar masa kini.

Baca Lanjut