SUMBANGAN BANTUAN MAKANAN ADUN TEBING TINGGI

PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti sosial, kebajikan dan kemasyarakatan.

Terkini pada 6hb April 2020 yang lalu, melalui Jawatankuasa Kebajikan dan Kerohanian PUBI Perak telah memohon sumbangan berbentuk bantuan bekalan asas dan makanan daripada ADUN Tebing Tinggi iaitu Yang Berhormat Dr. Abdul Aziz Bin Bari.

Baca Lanjut

eBAZAAR RAMADHAN PUBI PERAK 2020

eBAZAAR RAMADHAN PUBI PERAK 2020

PUBI Perak sebagai salah sebuah NGO Usahawan yang prihatin dan aktif di Bandaraya Ipoh melancarkan sebuah program bantu peniaga/penjaja dengan mewujudkan sebuah ‘FB Group’ bagi menghimpunkan peniaga-peniaga bazaar ramadhan dan juga pelanggan-pelanggan yang ingin menempah makanan untuk berbuka puasa sepanjang bulan ramadhan ini.

Memandangkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berkemungkinan besar akan dilanjutkan maka operasi Bazaar Ramadhan seperti yang berlangsung sebelum ini terpaksa dihentikan.

Melalui usaha ini peniaga-peniaga yang terjejas ekoran peristiwa ini akan dapat menjalankan perniagaan mereka secara COD disamping masyarakat setempat akan dapat menikmati juadah kegemaran mereka untuk berbuka puasa.

Baca Lanjut

COVID-19: TIADA BAZAR RAMADAN DI PERAK JIKA PKP LANJUT

Ahmad Faizal – Foto Pejabat Menteri Besar Perak

COVID-19: TIADA BAZAR RAMADAN DI PERAK JIKA PKP LANJUT

IPOH – Kerajaan Perak akan mempertimbangkan pelaksanaan bazar Ramadan di negeri itu jika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak dilanjutkan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, bagaimanapun kaedahnya bukan seperti tradisi yang melibatkan ramai pengunjung.

Menurutnya, kerajaan negeri sedang mengkaji kaedah paling sesuai bagi membolehkan peniaga meneruskan perniagaan dan orang ramai mendapatkan juadah berbuka puasa.

Baca Lanjut

JOM ORDER MENU PASAR MALAM PUBI PERAK

PUBI PERAK MELANCARKAN WHATAPPS GROUP ‘JOM ORDER’ MENU PASAR MALAM ANJURAN PUBI PERAK

PUBI PERAK TELAH MELANCARKAN FB GROUP eBAZAAR RAMADHAN UNTUK BANTU PENIAGA-PENIAGA SEMPENA BULAN RAMADHAN YANG AKAN TIBA TIDAK LAMA LAGI, KLIK UNTUK INFO LANJUT –>

Rindu dengan menu-menu pasar malam anjuran PUBI Perak?

Haa… kami tahu pasti ada yang rindu bukan? Di sini kami lancarkan sebuah program bantu peniaga/penjaja dengan menganjurkan sebuah ‘group whatsapp’ bagi menghimpunkan peniaga-peniaga pasar malam anjuran PUBI Perak bersama pelanggan-pelanggan yang ingin order makanan dan akan dihantar secara COD.

Baca Lanjut