
KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.
Terkini pada 20hb Januari 2020 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak (KOPUBI Perak Bhd) telah dikunjungi oleh Pengasas Syraikat U Kambing Enterprise iaitu Saudara Madzarul Yusof dari Chemor Perak.
U Kambing adalah salah sebuah syarikat di Negeri Perak yang mengusahakan ternakan kambing serta membekalkan daging mentah untuk tujuan kenduri, korban, aqiqah dan sebagainya.
Walaupun baru berusia 28 tahun, U Kambing yang diuruskan oleh Saudara Madzarul kini telah memiliki dua buah kandang di tanah seluas 2 ekar serta memiliki hampir 100 ekor kambing yang diternak dari lahir sehinggalah boleh dijual di pasaran.
Baca Lanjut →
KOMEN TERKINI