MESYUARAT AJK INDUK PUBI PERAK BIL – 03/2019

PERSATUAN USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK SENTIASA KOMITED UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN MELALUI PERGERAKAN NGO YANG DINAMIK DAN TERSUSUN.

Terkini pada 18hb Ogos 2019 yang lalu, telah berlangsung Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Induk Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak – Bil.03/2019 bagi sesi 2019/22 di Pejabat Urusan PUBI Perak.

Baca Lanjut

PENYERAHAN SUMBANGAN TABUNG KASIH NUR UMAIRAH JANNAH

DALAM USAHA MEMBANGUNKAN USAHAWAN DAN BAKAL USAHAWAN, PUBI PERAK TURUT MEMBANTU MEREKA YANG MEMERLUKAN DAN DI DALAM KESUSAHAN.

Pada 28hb Julai 2019 yang lalu, PUBI Perak selaku Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang paling aktif di Bandaraya Ipoh telah mengadakan lawatan ke rumah waris Allahyarhamah Nur Umairah Jannah di rumah mereka di Sungai Siput (U) Perak Darul Ridzuan.

Baca Lanjut

TAKLIMAT KERJAYA KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD ADALAH SEBUAH KOPERASI YANG DITUBUHKAN OLEH AHLI JAWATANKUASA PUBI PERAK SEJAK 2017 YANG KINI TERUS MENGORAK LANGKAH!

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa KOPUBI Perak Bhd akan menganjurkan sebuah sesi Taklimat Kerjaya bagi menerangkan peluang pekerjaan mahupun jawatan kosong yang bakal ditawarkan oleh pihak koperasi kepada penduduk-penduduk Di Bandaraya Ipoh mahupun di sekitar Negeri Perak yang berminat untuk mencari rezeki atau menambah punca pendapatan.

Baca Lanjut

BENGKEL ASAS MEMBINA LAMAN WEB & BLOG UNTUK PERNIAGAAN (SIRI-1)

PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Terkini pada 10hb Ogos 2019 yang lalu, PUBI Perak selaku Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang paling aktif di Bandaraya Ipoh telah menganjurkan sebuah bengkel yang sangat bermanfaat buat usahawan dan bakal usahawan bagi memajukan business masing-masing iaitu Bengkel Asas Pembinaan Laman Web & Blog Untuk Perniagaan.

Baca Lanjut