TERKINI | PERMOHONAN TAPAK BERNIAGA PASAR MALAM PUBI PERAK KINI DIBUKA

PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK PALING AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA UNTUK MEMBANTU USAHAWAN KECIL DAN BESAR DENGAN PEMBUKAAN TAPAK PASAR MALAM YANG BAHARU

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan termasukkan membuka tapak perniagaan seperti pasar malam.

Hendak berniaga? Tapi susah nak dapat tapak..? Jangan bimbang kerana pubi perak akan membuka dua lagi tapak pasar malam yang baharu di dalam masa terdekat ini!

Baca Lanjut

SELAMAT MENYAMBUT HARI WESAK

PUBI PERAK DAN KOPUBI PERAK BHD MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI WESAK.

Kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Buddha, Ahli Jawatankuasa PUBI Perak dan Ahli Lembaga KOPUBI Perak Bhd. ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wesak!

Didoakan agar sambutan penuh dengan keceriaan dan kebahagian. Kepelbagaian yang wujud ini adalah kekuatan kita.

Malaysia Baharu adalah mengenai kita bersama dan ayuh kita menolak semua bentuk ekstremis agama dan perkauman yang menganggu gugat nikmat keamanan bersama.

Insyallah..

Daripada,
AJK PUBI Perak & ALK KOPUBI Perak Bhd


MAJLIS IFTAR DAN PENYERAHAN SUMBANGAN HARI RAYA PUBI PERAK 2019

BERSEMPENA DENGAN BULAN RAMADHAN YANG SANGAT MULIA INI PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK MENERUSI PROGRAM TUNAS HARAPAN 2019 TELAH MEMBANTU SEBUAH PUSAT JAGAAN ANAK-ANAK YATIM DAN MISKIN DI KAMPUNG MANJOI, IPOH PERAK.

Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Iftar dan Sumbangan Hari Hari Raya Aidil Fitri anjuran PUBI Perak bersama Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim & Miskin Ar-Ridwani Ipoh Perak.

Majlis tersebut telah berlangsung pada 12hb Mei Mei 2019 yang lalu bertempat di Symphony Suite Hotel, ipoh Perak.

Baca Lanjut