LUMUT FUN RUN!

SEBUAH ACARA LARIAN KELUARGA YANG MERIANGKAN! JOM SERTAI SAMBIL BERSANTAI BERSAMA AHLI KELUARGA DAN TEMAN-TEMAN.

Bersempena dengan Karnival Lumut Komer yang bakal berlangsung pada 28hb hingga 31hb Disember di EMV Hall, Seri Manjung nanti.

PUBI Perak selaku penganjur bersama Karnival Lumut Komer akan turut menganjurkan sebuah acara larian yang dinamakan sebagai ‘Lumut Fun Run’.

Baca Lanjut

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN BANTUAN KHAIRAT KEMATIAN KEPADA AHLI KELUARGA MANGSA KEBAKARAN di PUNCAK JELAPANG

ALHAMDULILLAH, BERKAT USAHA YANG DIJALANKAN, PUBI PERAK BERJAYA MENGUMPUL SUMBANGAN SEBANYAK RM6,000 DARIPADA ORANG RAMAI!

Susulan daripada kejadian tragedi kebakaran di Puncak Jelapang yang lalu, JK Kebajikan & Kerohanian Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak yang diketuai oleh Cik Mawardah Ahmad Yusni telah melancarkan Tabung Bantuan Khairat Kematian bagi membantu ahli keluarga mangsa dan berkat dari usaha tersebut, sasaran kutipan sebanyak RM6,000 telah berjaya dicapai dalam masa tempoh yang telah ditetapkan.

Baca Lanjut