ERA BAHARU PUBI PERAK

Bismillahirahmanirahim,

Alhamdulillah syukur dengan limpah dan kurniaNya dapat saya mencoretkan sesuatu di halaman ini. Tiada apa yang dapat saya gambarkan betapa gembiranya saya kerana saat yang ditunggutelah tiba iaitu pelancaran laman web rasmi PUBI Perak yang kini telahpun menjadi realiti.

Sesungguhnya pelancaran laman web ini adalah sesuatu perkara yang sangat membanggakan kerana ianya adalah sebahagian daripada perancangan strategik PUBI Perak di dalam misi & visinya untuk mencapai matlamat penubuhan  persatuan ini. Laman web ini juga sangat-sangatlah dinantikan oleh setiap Ahli Berdaftar PUBI Perak terutamanya Ahli Jawatankuasa Induk yang bertukus lumus untuk merealisasikan perkara ini.

Baca Lanjut

MELANGKAH MAJU SETAPAK LAGI

 

Saya mengambil kesempatan ini untuk menyeru kepada semua usahawan agar dapat bersama-sama terlibat dalam aktiviti persatuan dan seterusnya mendapat pelbagai manfaat dan menambah nilai kepada diri dan perniagaan masing-masing.

Assalamualaikum

Alhamdulillah PUBI Perak melangkah maju setapak lagi dengan memiliki laman sesawang (website) sendiri. Semoga ia membawa lebih banyak manfaat dan kelebihan kepada semua.

Baca Lanjut

Laman Web Rasmi PUBI Perak Kini Dilancarkan!

Hari ini 15hb April 2018, bersempena dengan ulangtahun kedua PUBI Perak maka secara rasminya telah dilancarkan laman web PUBI Perak yang sangat interaktif dan unik ini. Syukur kerana dengan izinNya maka laman web ini berjaya ditubuhkan oleh Ahli Jawatankuasa PUBI Perak yang telah diterajui oleh En. Sharul Baha Bin Abd Rahman dan dibantu oleh Timbalannya iaitu En. Nor Adzman Bin Nali@Razali.

Laman web ini telah menjadi salah satu daripada usaha utama Ahli Jawatankuasa sejak PUBI Perak ditubuhkan 2 tahun lalu dan segala usaha serta penantian ini sangatlah berbaloi. Diyakini dengan adanya laman web yang sangat interaktif ini akan membawa PUBI Perak ke satu tahap yang lebih tinggi disamping akan dapat meningkatkan lagi kredelibiti persatuan sebagai peneraju dan contoh kepada NGO yang lain di Negeri Perak ini.

Baca Lanjut