Laman Web Rasmi PUBI Perak Kini Dilancarkan!

Hari ini 15hb April 2018, bersempena dengan ulangtahun kedua PUBI Perak maka secara rasminya telah dilancarkan laman web PUBI Perak yang sangat interaktif dan unik ini. Syukur kerana dengan izinNya maka laman web ini berjaya ditubuhkan oleh Ahli Jawatankuasa PUBI Perak yang telah diterajui oleh En. Sharul Baha Bin Abd Rahman dan dibantu oleh Timbalannya iaitu En. Nor Adzman Bin Nali@Razali.

Laman web ini telah menjadi salah satu daripada usaha utama Ahli Jawatankuasa sejak PUBI Perak ditubuhkan 2 tahun lalu dan segala usaha serta penantian ini sangatlah berbaloi. Diyakini dengan adanya laman web yang sangat interaktif ini akan membawa PUBI Perak ke satu tahap yang lebih tinggi disamping akan dapat meningkatkan lagi kredelibiti persatuan sebagai peneraju dan contoh kepada NGO yang lain di Negeri Perak ini.

Baca Lanjut