MESYUARAT AGUNG DWI-TAHUNAN PUBI PERAK KALI KE-4

PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DISAMPING MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN AMAL UNTUK MEMBANTU MASYARAT DI LUAR SANA.

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.

Terkini pada 16hb Oktober 2021 yang lalu, Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) telah menjalankan tanggungjawab sebagai sebuah NGO yang berdaftar dengan mengadakan Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan Kali Ke-4 berserta dengan dihadiri oleh ahli-ahli berdaftar persatuan secara di dalam talian menggunakan platform Google Meet.

Baca Lanjut

HEBAHAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD (KOPUBI) KALI KETIGA TAHUN 2021

HEBAHAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD (KOPUBI) KALI KETIGA TAHUN 2021

Sukacita dimaklumkan bahawa setelah hampir 4 tahun penubuhan Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI) oleh Ahli Jawatankuasa Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI), maka tibalah acara tahunan yang wajib diadakan selaras dengan Undang-undang Kecil koperasi iaitu kewajiban menjalankan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT).

Insyallah, Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-3 tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut;

Tarikh : 07hb November 2021
Hari : Ahad
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Aplikasi Google Meet

Baca Lanjut

SESI TEMUDUGA JAWATAN KOSONG KOPUBI PERAK BHD.

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK

Terkini pada 06hb Oktober 2021 yang lalu telah berlangsung sesi temuduga bagi jawatan kosong yang ditawarkan oleh Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd kepada penduduk-penduduk Di Bandaraya Ipoh mahupun di sekitar Negeri Perak yang berminat untuk mencari rezeki atau menambah punca pendapatan.

Antara jawatan yang ditawarkan oleh Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd adalah seperti Pembantu Takbir, Eksekutif Pemasaran Koperasi dan Pengurus Koperasi.

Ini adalah sebahagian daripada usaha yang dilaksanakan oleh KOPUBI Perak Bhd bagi merancakkan aktiviti dan kegiatan ekonomi di Negeri Perak pada fasa endemik Convid-19 disamping menawarkan peluang peningkatan ekonomi serta penambahan dari segi pendapatan khusus buat warga Perak.

Baca Lanjut

MESYUARAT PELAKSANAAN PROGRAM PEKB TAHUN 2021

PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DISAMPING MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN AMAL UNTUK MEMBANTU MASYARAT DI LUAR SANA.

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.

Terkini pada 4hb Oktober 2021 yang lalu, PUBI Perak selaku Persatuan Usahawan dan NGO yang aktif di Negeri Perak telah dijemput untuk menghadiri ke sebuah Mesyuarat bagi membincangkan pelaksanaan Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) Tahun 2021 anjuran Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan bahagian Kesejahteraan Bandar.

Baca Lanjut