KUMPULAN PUBI SEBAGAI SEBUAH ENTITI YANG MEMPERJUANGKAN MISI & VISI UNTUK PEMBANGUNAN USAHAWAN DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN AGENDA PEMANTAPAN YANG AKAN MEMBERI IMPAK BESAR KEPADA EKONOMI SERTA KELESTARIAN SEKTOR USAHAWAN YANG KIAN MAMPAN DAN MANCABAR.
Antara usaha yang dijalankan oleh Kumpulan PUBI Perak adalah menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi melalui persatuan serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan disamping menjalankan aktiviti ekonomi melalui gerakan Koperasi yang ditubuhkan.
Selain itu, Kumpulan PUBI Perak yang terdiri daripada NGO Perak dan Koperasi yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.
Terkini pada 30hb April 2021 yang lalu, En. Sharul Rahman selaku Pengerusi Kumpukan PUBI telah mengadalan lawatan kasih ke rumah salah seorang Ahli Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak dan juga merupakan Anggota Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd iaitu Pn Jamaliah Md Yatim berserta suami beliau En. Safuan Othman.
Baca Lanjut →
KOMEN TERKINI