SEMAKAN GKP 2.0 BERMULA 27 NOV, PEMBAYARAN PADA 30 NOV 2020

INFO: SEMAKAN GKP 2.0 BERMULA 27 NOV, PEMBAYARAN PADA 30 NOV 2020

Umum mengetahui selain BPN 2.0, kerajaan turut membuka semula permohonan GKP 2.0 sebanyak RM3,000. Semakan GKP boleh dibuat bermula 27 November ini di portal rasmi gkp.hasil.gov.my

Pembayaran pula akan bermula 30 November nanti. Menurut kenyataan media, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerima sebanyak 512,000 permohonan daripada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro bagi mendapatkan bantuan Geran Khas Prihatin GKP 2.0.

GKP atau Geran Khas Prihatin ini bertujuan untuk membantu para usahawan kecil (PKS) yang terkesan akibat COVID-19. Kali ini kerajaan telah memperuntukkan RM600 juta bagi membantu meringankan beban 200,000 PKS Mikro.

Baca Lanjut

PERAK UMUM BANTUAN ‘ONE-OFF’ RM500 KEPADA PENIAGA DAN PENJAJA KECIL

TERKINI: PERAK UMUM BANTUAN ‘ONE-OFF’ RM500 KEPADA PENIAGA DAN PENJAJA KECIL

Ipoh: Kerajaan Perak meluluskan peruntukan khas bantuan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Perak Fasa Ke-4 (PRE Fasa 4) sejumlah RM9 juta bagi meringankan beban peniaga dan penjaja kecil serta usahawan mikro di negeri ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, bantuan yang disalurkan itu berikutan prihatin dengan kekangan yang dihadapi mereka susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Antara inisiatif di bawah PRE Fasa 4 ini adalah pengecualian sewaan gerai makan milik pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi tempoh sebulan (November 2020).

Baca Lanjut

PKPD AKAN DIJALANKAN DI ZON B DAN ZON C TAMAN MERU 2C

Infografik disediakan oleh Majlis Keselamatan Negara (Rasmi)

TERKINI: PKPD AKAN DIJALANKAN DI ZON B DAN ZON C TAMAN MERU 2C

TERKINI: PKPD akan dijalankan di Zon B dan Zon C Taman Meru 2C, Ipoh, Perak bermula 20 November sehingga 3 Disember 2020. Ianya susulan terdapat 76 kes positif direkodkan di lokaliti ini.

Berita lanjut akan menyusul kemudian.

Sumber: Telegram Majlis Keselamatan Negara

COVID-19: IPOH BERTUKAR ZON MERAH

Gambar – Google

TERKINI: (COVID-19) IPOH BERTUKAR ZON MERAH

IPOH – Pertambahan 13 kes baru positif COVID-19 di Daerah Kinta menjadikan Ipoh bertukar daripada zon jingga ke zon merah tengah hari tadi.

Ia menjadikan zon merah kedua di Perak selepas Kampung Buaia di Kuala Kangsar.

Berdasarkan infografik yang dikongsi Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak menerusi laman Facebook, kes semasa COVID-19 Ipoh ia mencatatkan 43 kes berbanding 33 kes semalam.

Baca Lanjut