
TERKINI – COVID-19: ANGKA KEMATIAN DI CHINA CECAH 1,380, LEBIH 63,800 DIJANGKITI
Jumlah mereka yang dijangkiti wabak penyakit Covid-19 di seluruh China meningkat kepada 63,851 orang dengan 1,380 pesakit meninggal dunia, lapor agensi berita Sputnik memetik Suruhanjaya Kesihatan China pada Jumaat.
“Sehinga tengah malam 13 Februari, Suruhanjaya Kesihatan menerima maklumat mengenai 63,851 kes penyakit radang paru-paru berpunca daripada koronavirus jenis baharu di 31 wilayah, termasuk 55,748 orang kini menghidap penyakit itu.
“Seramai 10,204 orang berada dalam keadaan kritikal, 1,380 meninggal dunia dan 6,723 dibenar keluar hospital,” menurut kenyataan suruhanjaya itu.
Baca Lanjut →
KOMEN TERKINI