PERMOHONAN BANTUAN PERSEKOLAHAN 2022 ZAKAT PERAK-MAIPk

INFO: PERMOHONAN BANTUAN PERSEKOLAHAN 2022 ZAKAT PERAK-MAIPk

Pihak Zakat Perak-Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) telah membuka permohonan bagi Skim Bantuan Persekolahan 2022 bagi keluarga asnaf Fakir Miskin.

Untuk makluman, Skim Bantuan Persekolahan adalah sebuah skim untuk anak-anak asnaf Fakir Miskin bagi membantu mereka bagi menghadapi sesi persekolahan yang baharu.

Penerima yang layak menerima bantuan ini akan menerima bantuan dalam bentuk kewangan yang akan disalurkan melalui pihak sekolah kepada pelajar yang layak.

Baca Lanjut

BKM 2022 : SEMAKAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA RM2,000 UNTUK B40

INFO: BKM 2022 – SEMAKAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA RM2,000 UNTUK B40

Kerajaan memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) menerusi Belanjawan 2022 dengan bantuan tunai tertinggi iaitu sebanyak RM2,000 bagi mengurangkan bebanan rakyat yang terkesan dengan pandemik COVID-19.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata BKM dengan peruntukan sebanyak RM8.2 bilion, bakal memanfaatkan kira-kira 9.6 juta penerima yang akan membabitkan isi rumah mempunyai tiga anak dan lebih, selain purata pendapatan bulanan di bawah RM2,500 sebulan.

“Bantuan kali ini adalah yang tertinggi berbanding sebelum ini di mana Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) hanya memperuntukkan sebanyak RM1,800.

Baca Lanjut

CARA MENDAFTAR PAKEJ PERANTI / PAKEJ REMAJA KELUARGA MALAYSIA

CARA MENDAFTAR PAKEJ PERANTI / PAKEJ REMAJA KELUARGA MALAYSIA

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) hari ini melancarkan dua pakej kemudahan akses Internet iaitu Pakej Remaja Keluarga Malaysia dan Pakej Peranti Keluarga Malaysia.

Kedua-dua pakej ini bertujuan membantu pelajar dan remaja memperoleh akses internet bagi semua, terutamanya golongan kurang berkemampuan.

Adalah diharapkan agar lebih ramai ahli keluarga mendapat manfaat sempurna daripada pemilikan peranti mudah alih 4G dan VoLTE ini, untuk melengkapkan pengalaman Internet mereka.

Baca Lanjut

BKC FASA 2: SEMAKAN, TARIKH & BAKI BAYARAN (MISKIN TEGAR, B40, M40)

INFO: BKC FASA 2 – SEMAKAN, TARIKH & BAKI BAYARAN (MISKIN TEGAR, B40, M40)

Bayaran Bantuan Khas COVID-19 (BKC) Fasa 1 telah mula disalurkan pada 6 September 2021 yang lalu.

Pembayaran BKC akan dibuat dalam 3 fasa, namun tidak semua kategori penerima akan menerima bayaran dalam kesemua fasa ini.

Berikut dikongsikan jumlah bayaran yang akan diterima bagi BKC Fasa 2, tarikh bayaran serta kategori penerima yang layak.

Baca Lanjut