REMAJA ‘HANTAR’ PULANG MAYAT KEKASIH DIREMAN EMPAT HARI

TERKINI – REMAJA ‘HANTAR’ PULANG MAYAT KEKASIH DIREMAN EMPAT HARI

KUANTAN, 13 April — Pelajar tingkatan lima yang menghantar dan meletakkan mayat kekasihnya di garaj rumah keluarga perempuan itu di Felda Keratong 10, Rompin semalam, direman selama empat hari, mulai hari ini.

Ketua Polis Daerah Rompin DSP Azari Miskon berkata remaja berusia 17 tahun itu direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda tidak melebihi RM20,000 selain lesen boleh digantung dan hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan lesen memandu selama tiga tahun dari tarikh sabitan, jika sabit kesalahan.  

Baca Lanjut

BONCENG MAYAT TEMAN WANITA SEJAUH 15 KILOMETER

TERKINI – BONCENG MAYAT TEMAN WANITA SEJAUH 15 KILOMETER

ROMPIN: Tindakan sepasang remaja bersiar-siar dengan motosikal ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa, berakhir tragedi apabila motosikal dinaiki mereka bertembung kerbau, menyebabkan seorang gadis terbunuh awal pagi ini.

Dalam ketakutan melihat teman wanitanya meninggal dunia di lokasi nahas itu, remaja lelaki terbabit membawa mayat mangsa dengan motosikal sebelum ditinggalkan di bawah garaj rumah keluarga gadis terbabit di FELDA Keratong 10 dekat Muadzam Shah di sini.

Suspek berusia 17 tahun itu, dikatakan membawa mayat mangsa yang meninggal dunia akibat cedera parah di kepala itu sejauh 15 kilometer, selepas mereka terbabit kemalangan dengan kerbau berkenaan di hadapan kilang sawit FELDA Keratong 3, kira-kira jam 3.30 pagi.

Baca Lanjut

DOKTOR, BAYI DIKEBUMIKAN DALAM SATU LIANG

Gambar : BH Online

TERKINI – DOKTOR, BAYI DIKEBUMIKAN DALAM SATU LIANG

RANTAU PANJANG: Jenazah seorang doktor bersama bayinya yang terkorban dalam kemalangan, hari ini, selamat dikebumikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam Rantau Panjang, di sini, jam 9.55 malam tadi.

Dr Nooranisah Mohd Razali, 31, dan bayinya, Mohammad Fitri Yusof Muhammad Hafiz Zulhilmi berusia sembilan bulan, maut apabila van Jabatan Kesihatan yang dinaiki terbabas di Kilometer 11, Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Renok Baru, Gua Musang, pagi tadi.

Terdahulu, jenazah dua beranak itu dibawa menggunakan van jenazah dengan diiringi kenderaan polis pada jam 8.35 malam ke kediaman mangsa di Jalan Sekolah Cina, di sini.

Baca Lanjut

KEMALANGAN MELIBATKAN VAN HOSPITAL, SEORANG DOKTOR DAN BAYINYA MENINGGAL DUNIA

TERKINI – KEMALANGAN MELIBATKAN VAN HOSPITAL, SEORANG DOKTOR DAN BAYINYA MENINGGAL DUNIA

Ajal, pertemuan, maut semua telah ditentukan olehNya. Kita sebagai manusia hanya mampu merancang tetapi Dialah yang menentukan segalanya.

Di dalam negara sedang bergelut dengan penularan pandemik covid-19 ini, kita dikejutkan dengan pemergian seorang Doktor O&G Hospital Sultan Ismail Petra (Pegawai Perubatan UD48) apabila van Hospital yang dinaikinya terlibat kemalangan pagi ini.

Lebih menyedihkan, bayi beliau yang berumur 7 bulan juga turut terkorban di dalam kemalangan tersebut.

Baca Lanjut