DIRGAHAYU TUANKU

SEMOGA DIRAHMATI DAN DIBERKATI ALLAH!

DIRGAHAYU TUANKU!

Merafak Sembah Dan Setinggi-Setinggi Ucapan Tahniah.

DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH AL-MAGHFUR-LAH SULTAN, YANG DI-PERTUA DAN RAJA PEMERINTAH NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN.

Sempena Ulang Tahun Keputeraan Tahun 2021.

“Semoga Allah SWT Memberkati Pemerintahan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan”

Sembah Takzim Daripada;


CARA MENDAFTAR PAKEJ PERANTI / PAKEJ REMAJA KELUARGA MALAYSIA

CARA MENDAFTAR PAKEJ PERANTI / PAKEJ REMAJA KELUARGA MALAYSIA

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) hari ini melancarkan dua pakej kemudahan akses Internet iaitu Pakej Remaja Keluarga Malaysia dan Pakej Peranti Keluarga Malaysia.

Kedua-dua pakej ini bertujuan membantu pelajar dan remaja memperoleh akses internet bagi semua, terutamanya golongan kurang berkemampuan.

Adalah diharapkan agar lebih ramai ahli keluarga mendapat manfaat sempurna daripada pemilikan peranti mudah alih 4G dan VoLTE ini, untuk melengkapkan pengalaman Internet mereka.

Baca Lanjut

BKC: SEMAK CARA & KEMASKINI MAKLUMAT AKAUN BANK BERMULA 9 OKTOBER

INFO: BKC – SEMAK CARA & KEMASKINI MAKLUMAT AKAUN BANK BERMULA 9 OKTOBER

Kepada penerima Bantuan Khas Covid-19 (BKC) yang berstatus gagal kredit atau yang tiada maklumat akaun bank sebelum ini, pihak LHDN memaklumkan agar membuat kemaskini maklumat akaun bank bagi tujuan bayaran BKC Fasa seterusnya.

Oleh yang demikian, untuk fasa seterusnya pihak LHDN memohon penerima sebelum ini yang berstatus gagal kredit atau tiada maklumat akaun bank agar membuat kemaskini akaun bagi memudahkan urusan pembayaran.

Baca Lanjut

SUPERB TERAJU: GERAN PEMBANGUNAN PERNIAGAAN HINGGA RM500,000

INFO: SUPERB TERAJU – GERAN PEMBANGUNAN PERNIAGAAN HINGGA RM500,000

Usahawan permulaan Bumiputera kini boleh memohon geran pembangunan perniagaan melalui Program SUPERB yang dilaksanakan bawah agensi Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU).

TERAJU ditubuhkan pada tahun 2011 di bawah Jabatan Perdana Menteri sebagai organisasi strategik yang berperanan untuk menerajui, menyelaras dan memacu Agenda Bumiputera bertujuan meningkatkan penguasaan Bumiputera dalam ekonomi negara.

Salah satu program utama yang dilaksanakan oleh TERAJU iaitu SUPERB yang bertujuan untuk mengenalpasti usahawan permulaan Bumiputera yang berdaya saing dan menerapkan amalan kreatif dan inovatif dalam penghasilan produk dan perniagaaan mereka.

Baca Lanjut