KELAS TEKNIKAL TEAM MAAB – KOPUBI

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENINGKATKAN JANA PEMBANGUNAN EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 13hb Januari 2025 yang lalu, Team MyAngkasa Amanah KOPUBI Perak Bhd telah mengadakan sebuah Kelas Latihan Teknikal kepada Pengurus Kumpulan, Pengurus Pemasaran dan juga Wakil Pemasaran di bawah seliaan KOPUBI Perak Bhd.

Alhamdulillah kerana Kelas Teknikal ini telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Pejabat Urusan KOPUBI Perak Bhd bertempat di Station 18, Ipoh Perak.

Seramai 10 orang wakil daripada KOPUBI Perak Bhd telah menyertai Kelas Teknikal dan telah dihidangkan dengan ilmu pengetahuan yang mampan berkaitan Pengurusan Harta Pusaka dan juga Wasiat.

Baca Lanjut

KURSUS LATIHAN PRODUK MYANGKASA AMANAH BHD

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENINGKATKAN JANA PEMBANGUNAN EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 4hb – 5hb September yang lalu, Team MyAngkasa Amanah KOPUBI Perak Bhd telah menyertai sebuah sesi Kursus yang dijalankan oleh ANGKASA Negeri Perak iaitu Kursus Latihan Produk yang mana telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Pusat Seminar & Latihan KAKIB, Ipoh, Perak.

Alahmdulillah, seramai 10 orang wakil daripada KOPUBI Perak Bhd telah menyertai kursus ini dan telah dihidangkan dengan ilmu pengetahuan yang mampan berkaitan Pengurusan Harta Pusaka dan juga Wasiat.

Turut menghadiri kursus ini adalah Pengerusi KOPUBI Perak Bhd iaitu En.Sharul Rahman dan Ahli Lembaga KOPUBI iaitu Saudara Mohammad Nafis bin Zamah Sari.

Baca Lanjut

JAMINKERJA 2.0: INSENTIF MAJIKAN & PEKERJA BAHARU 2022

JAMINKERJA 2.0: INSENTIF MAJIKAN & PEKERJA BAHARU 2022

JaminKerja 2.0 merupakan insentif kewangan yang diberikan kepada kepada majikan bagi permohonan yang dilakukan mulai 1 Ogos 2022 bagi pengambilan pekerja baharu mulai 1 Januari 2022.

Program ini dikhaskan kepada majikan yang mengambil pekerja baru dalam kalangan sektor Pelancongan, Wanita penggantian Pekerja Asing dan Pegawai Dagang, dan Golongan Rentan seperti Orang Kurang Upaya (OKU) dan lain-lain.

Menerusi program ini, majikan akan menerima insentif kewangan sehingga RM42,000 dan bantuan mobiliti kepada pekerja sebanyak RM500.00 dibayar terus secara one-off.

Baca Lanjut

JAWATAN KOSONG SEBAGAI PEMBANTU KHIDMAT PELANGGAN

JAWATAN KOSONG SEBAGAI PEMBANTU KHIDMAT PELANGGAN

KOPUBI Perak Bhd akan membuka sebuah ‘Premium Courier Point’ (PCP) J&T Ekspress di Bandar Seri Iskandar Perak.

Jesteru itu kami mempelawa warganegara malaysia yang tinggal di sekitar SERI ISKANDAR dan berkelayakan untuk mengisi jawatan sebagai PEMBANTU KHIDMAT PELANGGAN di J&T Cawangan SERI ISKANDAR.

Calon-calon yang berminat boleh memohon dengan kadar segera dan calon yang layak akan dipanggil untuk sesi temuduga di dalam masa terdekat ini.

Baca Lanjut