TEMUDUGA KERJAYA SEBAGAI EKSEKUTIF PEMASARAN PRODUK KOPUBI PERAK BHD

INFO – TEMUDUGA KERJAYA SEBAGAI EKSEKUTIF PEMASARAN PRODUK KOPUBI PERAK BHD

KOPUBI PERAK BERHAD ingin mempelawa warganegara malaysia yang tinggal di sekitar IPOH dan berkelayakan untuk mengisi jawatan sebagai EKSEKUTIF PEMASARAN PRODUK KOPERASI PERAK BHD.

Sesi Temuduga akan dijalankan pada;

Tarikh: 06hb Mac 2020 (Jumaat)
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Pejabat Urusan KOPUBI Perak Bhd, No. 57B, Susuran Station 18, Station 18 Ipoh, Perak.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 05HB MAC 2020

Nota: Wajib isi borang permohonan secara online untuk hadir ke sesi temuduga yang akan dijalankan.

Baca Lanjut

TAKLIMAT KERJAYA KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD.

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK

Terkini pada 21hb Januari 2020 yang lalu telah berlangsung Taklimat mini berkaitan kerjaya yang ditawarkan oleh pihak Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd kepada calon-calon Pengurus Pemasaran Koperasi yang telah hadir.

Sesi Taklimat Kerjaya ini dijalankan bagi menerangkan peluang pekerjaan mahupun jawatan kosong yang ditawarkan oleh pihak koperasi kepada penduduk-penduduk Di Bandaraya Ipoh mahupun di sekitar Negeri Perak yang berminat untuk mencari rezeki atau menambah punca pendapatan.

Ini adalah sebahagian daripada usaha yang dilaksanakan oleh KOPUBI Perak Bhd bagi merancakkan aktiviti dan kegiatan ekonomi di Negeri Perak disamping menawarkan peluang peningkatan ekonomi serta penambahanan dari segi pendapatan khusus buat warga Perak.

Baca Lanjut

SESI TEMUDUGA KERJAYA EKSEKUTIF PEMASARAN KOPUBI PERAK BHD

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK

Terkini pada 27hb Disember 2019 yang lalu telah berlangsung sesl temuduga bagi kerjaya Eksekutif Pemasaran Koperasi yang ditawarkan oleh pihak koperasi kepada penduduk-penduduk Di Bandaraya Ipoh mahupun di sekitar Negeri Perak yang berminat untuk mencari rezeki atau menambah punca pendapatan.

Ini adalah sebahagian daripada usaha yang dilaksanakan oleh KOPUBI Perak Bhd bagi merancakkan aktiviti dan kegiatan ekonomi di Negeri Perak disamping menawarkan peluang peningkatan ekonomi serta penambahan dari segi pendapatan khusus buat warga Perak.

Baca Lanjut