
KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD TELAH TERPILIH OLEH SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA MEWAKILI NEGERI PERAK UNTUK MENYERTAI PROGRAM YANG JULUNG KALI DIADAKAN INI.
Pada 21hb September 2019 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI) telah terpilih untuk menyertai Program 100 Hari Countdown Gerakan Koperasi di Malaysia bersama Tun Dr Mahathir Mohamad yang berlangsung dengan jayanya di Tamarind Square, Cyberjaya.
Alhamdulillah, seramai 40 wakil daripada Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah menyertai rombongan ini.
Pihak koperasi juga telah mengadakan lawatan ke Masjid Putrajaya dan Dataran Putrajaya serta singgah ke 101 City Mall Putrajaya untuk bersiar-siar.
Semoga program ini dapat mengeratkan hubungan sesama anggota dan meningkatkan persefahaman bersama.
Setinggi terima kasih kepada pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Perak yang memberi peluang kepada Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd untuk menyertai program yang julung kali diadakan ini.
Insyallah..
Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd adalah sebuah koperasi usahawan yang giat menjalankan aktiviti ekonomi di Bandaraya Ipoh serta menawarkan kepada masyarakat pelbagai manfaat ekonomi dan sosial termasuk pinjaman peribadi disamping memberi pulangan dividen saham yang tinggi kepada anggota.
Sharul Baha Abd Rahman
Pengerusi Kumpulan PUBI
KOMEN TERKINI