SETIAP TAHUN LANGKAHNYA SEMAKIN MELEBAR
Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Binti Mohd Noor adalah seorang wanita bukan sahaja berjaya disebabkan oleh bakat beliau di dalam bidang seni tetapi beliau juga telah dilabel sebagai usahawanita dan ahli korporat yang sangat berjaya di Malaysia.
Neelofa juga menjadii selibriti Malaysia yang mempunyai pengikut teramai di Instagram iaitu hampir 5.4 juta orang. Bukan setakat itu sahaja, pada usia yang sangat muda juga beliau sudah bergelar jutawan dan Majalah Forbes Asia dan Swarovski meletaknya sebagai antara individu yang berjaya, disegani serta berpengaruh di Asia.
Walaupun pelbagai kontroversi melanda beliau, namun beliau terus mengorak langkah dan tidak mempedulikan pengkritik beliau yang sering mencaci di media sosial. Kehebatan beliau terselah apabila baru-baru Syarikat Penerbangan Tiket Murah Ais Asia telah melantik beliau sebagai ‘Non-executive Independent Director’.
Beliau kongsikan 5 perkara yang diamalkan untuk berjaya..

Terkini; Turban Neelofa Jadi Bahan Ketawa, Diubah Suai Jadi Beg Bertali
1. Bermimpilah..
Baru berusia 29 tahun tahun dan bergelar jutawan muda, pelakon Neelofa berkongsi tips untuk menjadi usahawan berjaya di usia belum mencecah 30-an.
Pengacara “Meletop” itu berkata, usia muda bukan halangan untuk mencipta sesuatu yang besar, yang penting fokus, kesungguhan dan kerja berpasukan.
“Mulakan dengan mimpi. Ya, bermimpilah!
“Kalau tiada mimpi, memang susah hendak memulakan sesuatu. Apa juga yang kita buat tanpa mimpi dan matlamat yang jelas, ia tidak akan menjadi sebab kita tiada fokus kepadanya,”

Mungkin anda tidak mempunyai keyakinan untuk melakukan sesuatu yang baharu buat kali pertama. Tetapi, sampai bila ingin berada di takuk yang sama, ya tak? Cabar dan yakin pada diri sendiri. Tiada apa yang mustahil dalam dunia ini. Positif selalu kena ada untuk memasuki alam perniagaan. Tidak semestinya kita akan selalu berada di atas, kadang-kadang Allah nak uji dan jadikan setiap cabaran yang datang sebagai perkara yang positif untuk perbaiki ke arah yang lebih baik. Sentiasa bagi kata-kata semangat pada diri sendiri. Bercakap dengan diri, katakan yang anda boleh lakukannya. Hanya diri anda shaja yang tahu dimana kemampuan anda untuk melakukan sesuatu perkara itu. Jangan berhenti berdoa, rezeki yang datang itu semua dari Allah. Bersyukur sentiasa dan biasakan motivasi pada diri sendiri. Jika anda berjaya laksanakan perkara ini dengan baik, insyaallah, kejayaan itu milik anda suatu hari nanti.2. Cabar Diri Sendiri
3. Positif
4. Self-realisation
5. Self-talk
Insyallah..
KOMEN TERKINI