Kredit Photo : Oh My Media

BERITA KEMALANGAN – “HARI INI SAYA TELAH KEHILANGAN ABANG AKIBAT KECUAIAN PEMANDU MABUK.” – ADIK

Sejak semalam, kisah penunggang motosikal yang maut kerana dilanggar oleh  pemandu Ford Ranger telah tular hingga mendatangkan kemarahan kepada ramai orang.

Hal ini kerana menerusi kenyataan viral di media sosial, mangsa-mangsa kemalangan didakwa telah dilanggar oleh pemandu yang berada  bawah pengaruh alkohol.

Niat Alih Serpihan Tayar Bertukar Tragedi, Lelaki Maut Dirempuh Lori –->

MANGSA REMPUHAN PEMANDU MABUK

Salah seorang mangsa yang terlibat dalam kemalangan tersebut telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua orang lagi dilaporkan cedera.

Muhammad Zulfakkar bin Borhan, 30 yang juga merupakan seorang juruteknik telah maut selepas motosikalnya ‘disauk’ dari arah bertentangan oleh pemandu Ford Ranger tersebut.


SEORANG ANAK YANG BERTANGGUNGJAWAB

Menerusi muat naik daripada ahli keluarga Zulfakkar, pemuda itu disifatkan sebagai seorang yang baik dan tidak pernah menyusahkan orang lain. Dia juga adalah insan yang sangat bertanggungjawab terhadap keluarga dan orang lain.

Adik mangsa juga sempat berpesan kepada semua warganet supaya tidak memandu dalam keadaaan  mabuk kerana dia sudahpun kehilangan seorang abang akibat kecuaian orang lain.

Abang, Ayang Rindukan Abang –>

“BERITA SANGAT SEDIH UNTUK SAYA”

Bapa allahyarham juga turut berdukacita diatas kehilangan anak lelakinya kerana kemalangan itu. Dia turut sempat memohon agar orang ramai menyedekahkan al-Fatihah untuk anaknya.


Doa ibu adalah doa yang mustajab, jom baca kisah barber yang tidak habis sekolah –>

JENAZAH SELAMAT DIKEBUMIKAN

Jenazah allahyarham Zulfakkar sudahpun dikebumikan malam semalam. Suasana duka menyelubungi tanah perkuburan berikutan ahli keluarga dan sahabat handai tidak boleh mengawal emosi atas kehilangan  insan tersayang.

Sumber : Umi NabilahBukhari Burhanuddin