PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Terkini pada 03 & 04hb Ogos 2019 yang lalu, PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang aktif di bandaraya Ipoh telah menganjurkan sebuah Kelas Asas Photoshop bagi membantu usahawan di dalam meningkatkan serta memajukan perniagaan masing-masing.

Alhamdulillah, kelas ini telah dikendalikan oleh Mr. Kenny selaku tenaga pengajar yang berpengalaman dan telah berlangsung dengan jaya di Bilik Latihan, Pejabat Urusan PUBI Perak dan KOPUBI Perak Bhd.

Seramai 12 orang peserta telah menyertai kelas ini. Peserta telah diajar begaimana hendak membuat design untuk iklan supaya nampak menarik dan berkesan menggunakan perisian Photoshop CS6.

Peserta juga telah diajar teknik yang betul untuk ️membuat flyers, design banner atau banting️ name card️ serta infografik yang nampak profesional dan diharapkan kelas ini akan memberi impak yang besar serta bermanfaat kepada semua peserta disamping memberi kesan kepada perniagaan masing-masing.

PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.

Semoga PUBI Perak terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang. Insyallah..


Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak adalah sebuah persatuan usahawan dan NGO Perak yang aktif di Bandaraya Ipoh. Persatuan yang berdaya saing ini sedang giat membantu masyarakat terutamanya golongan usahawan dengan menjalankan banyak aktiviti keusahawan, latihan serta kursus usahawan.

Mohd Fhami Mohamed Nordin
Timbalan Pengerusi PUBI Perak