KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENINGKATKAN JANA PEMBANGUNAN EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 13hb Januari 2025 yang lalu, Team MyAngkasa Amanah KOPUBI Perak Bhd telah mengadakan sebuah Kelas Latihan Teknikal kepada Pengurus Kumpulan, Pengurus Pemasaran dan juga Wakil Pemasaran di bawah seliaan KOPUBI Perak Bhd.

Alhamdulillah kerana Kelas Teknikal ini telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Pejabat Urusan KOPUBI Perak Bhd bertempat di Station 18, Ipoh Perak.

Seramai 10 orang wakil daripada KOPUBI Perak Bhd telah menyertai Kelas Teknikal dan telah dihidangkan dengan ilmu pengetahuan yang mampan berkaitan Pengurusan Harta Pusaka dan juga Wasiat.

AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI: Mesyuarat Ahli Lembaga KOPUBI Bil 04-2024

Turut menghadiri kursus ini dan membuat ucapan alu-aluan adalah Pengerusi KOPUBI Perak Bhd iaitu En.Sharul Rahman.

Objektif kursus ini diadakan untuk memberi pendedahan dan persiapan ilmu bagi berhadapan dengan bakal-bakal pelanggan disamping mendapat maklumat lengkap berkaitan dengan produk Myangkasa Amanah Bhd, antaranya Mywasiat, Myhibah, Mypusaka dan MyAmanah dan teknik pemasaran yang sesuai untuk pelaksanaan.

Untuk makluman, Pihak KOPUBI telah menjemput seorang tenaga pengajar luar yang sangat berpengalaman di dalam industri pewarisan harta pusaka dan penulisan wasiat iaitu Tn Hj Sabarudin untuk berkongsi ilmu bersama-sama dengan wakil-wakil KOPUBI Perak Bhd ini.

Semoga dengan terlaksanakan Kelas Teknikal ini insyallah akan melahirkan Pengurus Kumpulan, Pengurus Pemasaran dan Wakil Pemasaran yang kompiten serta berdaya maju di dalam memasarkan produk-produk MyAngkasa Amanah Bhd.

KOPUBI Perak Bhd yang telah dilantik sebagai Rakan Niaga Premium Koperasi dengan kerjasama anak syarikat ANGKASA iaitu MyAngkasa Amanah Bhd telah beriltizam untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat madani seterusnya menjadi hub penyedia perkhidmatan dan bakal menjadi sebuah koperasi yang kompiten serta berdaya maju.

Turut menghadiri kursus ini dan membuat ucapan alu-aluan adalah Pengerusi KOPUBI Perak Bhd iaitu En.Sharul Rahman.

Semoga dengan adanya perkhidmatan tambahan ini maka dijangka perolehan kepada pendapatan tahunan KOPUBI Perak Bhd akan berjaya dipertingkatkan lagi ke tahap yang lebih tinggi dan menjadikan KOPUBI Perak Bhd sebagai salah sebuah Koperasi yang mampan serta mencapai objektif yang telah digariskan sejak penubuhannya.

Diharapkan dengan usaha yang dilakukan ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota KOPUBI Perak Bhd disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak.

Semoga KOPUBI Perak Bhd akan mampu menjadi salah sebuah koperasi yang kompiten serta memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak pada masa hadapan.

Insyallah.. 

#KOPUBI #MyAngkasaAmanah #KoperasiUsahawan #MencaknaEkonomiBangsa #GerakanKoperasi #Malaysia