THAI CAVE RESCUE

Seperti yang kita ketahui, kesemua 12 remaja Thai bersama seorang jurulatih yang telah terperangkap di dalam sebuah gua di Chiang Rai, Siam telah ditemui berada di dalam keadaan selamat. Mereka telah ditemui oleh penyelam-penyelam skuba dari England.
Ditemui pada hari yang ke 10 setelah kehilangan mereka diketahui. Tetapi masih terdapat masalah besar bagi kesemua mangsa untuk keluar dengaselamat dari gua tersebut. Jarak antara pintu gua dengan tempat mereka sekarang adalah begitu jauh, sekitar 10 km.

Kalau berjalan keluar macam tu sahaja takdalah susah sangat, cuma penat sahaja kan?

Masalah terbesar bagi para penyelamat sekarang ialah kebanyakan laluan keluar dari tempat mereka berteduh sekarang di penuhi dengan air. Ada yang dengan kedalaman sehingga berpuluh meter. Musim hujan monsun yang melanda Thailand sekarang mengakibatkan kebanyakkan ruangan gua ditenggelami air. Monsun Thai ini baru sahaja bermula dan akan berakhir dalam masa 4 bulan lagi.

Gambar – Ratusan tangki2 oksigen yang dibekalkan oleh Thai Navy Seal untuk SAR yang diletakkan di mulut gua.

Setakat ini cuma ada 2 cadangan bagaimana untuk mengeluarkan mereka semua. Yang pertama dengan membawa mereka seorang demi seorang dengan menggunakan alatalat menyelam skuba dengan tangki oksigen dan satu lagu menunggu air surut dalam masa 4 bulan lagi. Bagi para penyelamat, kedua-duanya adalah berisiko besar.

Jarak yang jauh sehingga 10km, laluan-lauan yang sempit terpaksa diharungi ketika menyelam dan adakalanya tangki oksigen terpaksa dibuka dari badan bagi membolehkan badan dan tangki lepas dari laluan sempit tersebut. Bagi profesional tidak ada masalah tetapi bagi remaja-remaja tersebut ianya adalah masalah besar.

Tentu mereka akan panik, apabila ‘panik’ maka bermacam-macam perkara akan boleh terjadi dan akan membahayakan mereka dan juga para penyelamat. Kebanyakkan mereka tidak tahu berenang dan ini lebih menyukarkan para penyelamat. Ada juga gambar laluan-laluan yang sempit telah dilalui oleh penyelamat skuba ini dan ianya amat mengerikan, kadang-kadang hanya muat badan sahaja.

Pilihan yang kedua pula adalah untuk menunggu sehingga 4 bulan lagi, apa akan terjadi dengan remaja-remaja tersebut dalam masa 4 bulan itu? Inilah masalah yang sentiasa bermain difikiran para penyelamat ini. Mereka juga telah berusaha penghantaran pam-pam air gergasi di lokasi.

Tetapi menurut para petugas di situ, pam air ini tidak begitu bekesan, jumlah isipadu air di dalam gua terlalu tinggi. Kita juga boleh melihat para remaja yang gambar mereka telah tersebar luas, nampak kurus, muka mereka agak cengkung tetapi nampak masih bersemangat. Doktor dan tentera yang berpengalaman dalam operasi ini telah pun sampai di kawasan remaja ini berkumpul dan makanan serta lampu telah dipasang di kawasan itu.

Harap mereka semua akan dapat dikeluarkan secepat mungkin. Melihat mereka sama seperti melihat anak remaja kita juga. Kita faham apabila ada para penyelamat Thai ini yang menangis bila kesemuanya dapat ditemui. Tidak dapat dibayangkan bagaimana mereka boleh bertahan selama 10 hari dalam keadaan gelap gelita, tanpa makanan, kesejukan dan yang paling tragik, ketakutan bila air yang semakin menaik, menaik dan menaik sehingga hanya berbaki kawasan sempit untuk mereka semua bernafas.

Thai Cave Rescue: Keratan rentas, “Pattaya Beach” kat belah kiri sekali, di situlah budak2 dgn coach bertahan, cuba perhatikan laluan keluar, banyak dihalang oleh kolam2 air. Credit to Luke Mahfuz

 

Peralatan gergasi diangkut ke mulut gua antaranya pump air untuk mengeringkan air dari dalam gua.

Penyelamat mencuba kaedah lain dengan mencari spot yang boleh dimasuki dari bahagian atas gua.

Ada juga para penyelamat yang tercedera dan terkorban ketika operasi menyelamat ini dijalankan.

Anggota tentera Thai turut terlibat di dalam operasi menyelamat ini.

Salah satu kolam air yang menghalang laluan ke mulut gua.

RAKYAT THAI DAN MASYARAKAT DUNIA BERGANDING BAHU MEMBANTU MISI MENYELAMAT!

Salah satu poster menunjukkan rakyat Thailand bersatu dalam usaha menyelamatkan team “The Wild Boar” ini, tidak kira agama dan puak, mereka bersatu dan bekerjasama.

Walaupun mereka hanya penjual kue teow secara kecil-kecilan, mereka sanggup datang ke kawasan operasi dan menawarkan makanan percuma kepada para petugas dan penyelamat.
Penyediaan makanan percuma oleh pengusaha makanan untuk petugas di kawasan operasi menyelamat.
Penduduk kampung berdekatan juga menyediakan perkhidmatan mengurut kepada petugas yang kelesuan, mereka berkhidmat secara sukarela dan percuma.
 

Antara negara yang terlibat di dalam operasi menyelamat ini; Jepun, Australia, China dan Laos.

Bahan mentah yang dibekalkan percuma oleh peniaga pasar tempatan untuk dimasak untuk anggota penyelamat operasi “Thai Cave Rescue”.

Salah satu plan kecemasan yang mungkin akan dipraktikkan.

Sila lihat gambarajah di bawah:-

1) kemungkinan besar budak budak tu akan diajar berenang dan menyelam secepat mungkin.

2) Masa dah tak banyak. Ramalan cuaca di sana mengatakan pada 8 july nanti taburan hujan adalah sebanyak 33mm.

3) Ditakuti tempat yang diorang duduk sekarang semuanya akan ditenggelami air.

Semoga semuanya selamat dibawa keluar.

Credit to Luke Mahfuz
Credit to Nisakorn Panpa (gambar2 dari media Thailand).

KORBAN PERTAMA MISI MENYELAMAT

Wajah anggota penyelamat yang terkorban pada 5hb Julai 2018 yang lalu ketika dalam proses menyelamat dijalankan. Beliau ialah Petty Officer 1st Class Smaan Kunan, 38 tahun. Smaan ketika itu sedang membawa tangki oxygen untuk diagihkan ke beberapa kawasan di dalam gua tersebut. Smaan tidak sedarkan diri ketika sedang menyelam dalam perjalanan pulang ke sebuah chamber di dalam gua tersebut. Ada kemungkinan tangki oxygen yang digunakan oleh Smaan telah habis sebelum sampai masanya. Smaan adalah korban pertama dalam misi menyelamat gua di Chiang Rai ini.

Ahli keluarga mendiang Petty Officer 1st Class Smaan Kunan yang terkorban ketika operasi “Thai Cave Rescue”. Yang di sebelah kanan barisan depan, wanita berbaju hitam itu adalah isteri mendiang.

 

Pelbagai peralatan digunakan dalam proses menyelamat.

 

Salah satunya ialah full diving mask. Sebanyak 20 buah full diving mask disediakan dengan saiz untuk remaja yang terperangkap itu. Kesemua 20 buah mask itu didermakan oleh seorang ahli perniagaan yang tidak mahu namanya diumumkan kepada media. Kos kesemua 20 buah full diving mask itu dianggarkan bernilai RM 61 ribu. Sumber dari media Thai.

Setakat ini terdapat 13 unit water pump pelbagai saiz disediakan di dalam usaha untuk menyedut keluar sebanyak mungkin air yang menakung di dalam gua di Chiang Rai ini. Dalam usaha sepanjang waktu tanpa henti ini, 6 unit alat ini telah mula mengalami kerosakan. Masa pula semakin suntuk, air hujan pula mencurah masuk. Yang menariknya ialah kesemua peralatan ini bukan dari kerajaan. Ianya adalah dari pihak swasta dan kesemua khidmat diberi secara percuma.

Setahu kitalah, kalau peralatan begini, biasanya ianya akan dibekalkan oleh kerajaan, sudah tentulah dari sumber tentera laut. Dalam kes gua di Chiang Rai ini, stok tangki oxygen ini majoritnya telah digunakan Thai Navy Seal dalam operasi Thai cave rescue ini. Sudah tentulah stok simpanan perlu ada bagi keperluan lain dalam operasi ketenteraan. Dengan sebab itu, sebuah syarikat swasta yang berpengkalan di Phuket telah mengagihkan tangki oxygen tambahan sebanyak 331 buah secara percuma untuk kesinambungan operasi di gua Chiang Rai ini.

Setakat ini terdapat 13 unit water pump pelbagai saiz disediakan di dalam usaha untuk menyedut keluar sebanyak mungkin air yang menakung di dalam gua di Chiang Rai ini.

Sebuah syarikat swasta yang berpengkalan di Phuket telah mengagihkan tangki oxygen tambahan sebanyak 331 buah secara percuma untuk kesinambungan operasi di gua Chiang Rai ini.

Gambar – Helikopter pengangkut Tentera Udara Thai Mi-8 dalam proses mengangkut alat2 menggerudi termasuk “mini excavator” di bahagian atas banjaran gunung.

Thai Cave Rescue

Pada hari ini (8hb Julai 2019), mangsa masih terperangkap dalam kedudukan yang sama ketika mereka ditemui. Dengan anggaran lebih dari seribu petugas penyelamat berhempas pulas menggunakan pelbagai cara, realitinya mereka masih belum dapat digerakan lagi. Pelbagai rancangan dibentangkan dan ada diantaranya telah pun dipraktikkan seperti cuba mengeluarkan air dengan menggunakan “water pump”, cuba memecahkan batu-batu di laluan sempit bawah air, membekalkan pelbagai peralatan termasuk peralatan komunikasi di “Pattaya Beach”,  jika rancangan menunggu sehingga monsun reda yang bermakna sehingga 4 bulan lagi.

Dan yang terbaru, cuba menggerudi dari atas gunung menggunakan teknik ketika proses menyelamat pelombong2 di Chile dahulu. Tetapi nampaknya. mereka terpaksa berperang dengan “nature” dahulu.

Risiko besar menanti mereka jika mereka meneruskan kesemua rancangan menyelamat itu. Dan terkini, paras oksigen yang terdapat di “Pattaya Beach” amatlah rendah sekali sehinggakan ada yang mengatakan hanya 18% oksigen yang terdapat di situ kerana dipenuhi dengan CO2.

Langkah2 drastik terpaksa diambil seperti mengurangkan penyelamat2 yang berada di “Pattaya Beach” sehingga ke tahap paling minimum bagi menemani mangsa. Dalam berita BBC sebentar tadi, ada seorang penyelamat UK yang turut serta dalam operasi tersebut mengatakan, “This coming monsoon will be a catastrophe to the boys, it might be the water will flooded up to the cave roof…”.

Untuk menunggu segala peralatan dan menggerudi kalau untuk kes di Chile mengambil masa 2 bulan, Gua Chiang Rai tidak dapat menunggu waktu yang sebegini lama. Masa adalah musuh mereka walaupun teknologi mungkin dapat menaikkan mereka ke permukaan atas gunung sejauh hampir 1km.

Apa pilihan yang ada pada mereka. Terdapat pro dan kontra untuk membawa mereka keluar dengan jalan air seperti yang dirancang sebelum ini, tetapi risikonya terlalu besar. Pam2 yang ada dalam pelbagai saiz tidak dapat membantu mengurangkan air dengan drastik, banyak air keluar tetapi untuk seketika, tidak lama kemudian air mencurah2 masuk balik disebabkan hujan lebat.

Tetapi pada hari ini terdapat satu lagi harapan menggunung. Ianya datang dari seorang bilionair Amerika iaitu Elon Musk yang memiliki Syarikat Boring yang pakar dalam hal2 angkasa lepas memaklumkan akan cuba membantu Thailand dalam usaha menyelamat. Elon Musk akan menghantar 9 juruteranya untuk merangka strategi dengan menggunakan peralatan canggih mereka.

Tidak diketahui lagi setakat ini teknik yang akan cuba dipraktikkan mereka. Dan lagi kalau mengikut dari media massa Thai, Elon Musk memberikan perkhidmatannya secara percuma.

MANGSA GUA MENULIS SURAT

Pesanan2 berbentuk surat dari mangsa yang terperangkap telah mula diedarkan kepada keluarga mereka melalui para penyelam yang berulang alik dari “Pattaya Beach”. Salah satunya seperti surat di bawah. Ianya adalah dari “Coach”.

Isi surat yang mempunyai 3 perenggan itu lebihkurang begini:-

Adikku, tolong beritahu ibu dan bapa serta keluarga semua bahawa saya berada dalam keadaan yang baik dan selamat. Bagi tahu adik beradik lain, saya balik nanti buat apa2 yang patut untuk saya, saya nak makan ayam goreng puas2.

Kepada semua ahli keluarga mangsa, anak2 uncle and auntie sekarang ni dalam situasi yang cukup baik. Kami di sini diberikan segala apa yang diperlukan oleh petugas2 penyelamat di sini. Kami dijaga dengan baik. Saya berjanji akan menjaga anak2 uncle n auntie dengan sebaik mungkin. Terimakasih banyak2 di atas keprihatinan dan sokongan padu kepada kami semua di sini. Salute semua.

Kepada makcik (makcik coach), saya di sini tak apa2, saya baik2 saja. Jaga kesihatan makcik yaa, jangan risau2 sangat. Bagi tahu nenek yaa, nanti masak2 sedap2 untuk saya yaa. Nanti kita makan sama2 yaa. Saya sayang semua. Love you all!!!

Leibhkurang begitulah luahan coach. Setiap dari mereka ada menulis surat kepada keluarga mereka. Kalau ada yang pandai membaca Bahasa Thai, sila semak balik betul ke tidak yaa.

Credit to Nisakorn Pnpa

MANGSA GUA DIJEMPUT UNTUK MENYAKSIKAN WORLD CUP DI RUSSIA

England baru saja menang 2-0 ke atas Sweden untuk mara ke semi final World Cup Russia 2018.

Ini adalah surat jemputan presiden Fifa kepada pemain bolasepak remaja the ‘Wild Boar’ yang terperangkap di dalam gua di utara Thailand untuk menyaksikan perlawanan akhir di Russia nanti.

Kalau korang perasan, ada seorang budak yang memakai jersey England yang turut sama terperangkap kat situ.

Mungkinkah mereka semua dapat menyaksikan final world cup nanti sebagai tetamu jemputan?

Sama sama kita doakan agar mereka dapat keluar dengan segera.

Hasil tulisan: Mohd Aznam Abdul Rahman