
KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.
Terkini pada 19hb sehingaa 21hb September 2022 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI) telah menghadiri sebuah kursus yang dianjurkan oleh Institut Koperasi Malaysia (IKMa), Petaling Jaya Selangor.
Kursus dengan kerjasama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) ini telah berlangsung dengan jayanya telah dihadiri oleh hampir 20 orang peserta yang terdiri daripada wakil-wakil Koperasi yang bernuang di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia dari seluruh Negara.
Mewakili Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak (KOPUBI) ke kursus yang bermanfaat ini adalah Pengerusi Koperasi iaitu En. Sharul Rahman dan Timbalan Pengerusi Koperasi merangkap Setiausaha Koperasi iaitu EN. Haizul Fakarufin.
AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI: Mesyuarat Jawatankuasa Juruaudit Dalaman
Alhamdulilah, peserta yang hadir pada kursus ini telah menimba ilmu dengan banyak sekali serta boleh mempraktik ilmu-ilmu tersebut di dalam melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Koperasi masing-masing mengikut tataselia serta panduan yang sepatutnya diikuti oleh setiap koperasi yang berdaftar.
Kursus ini ternyata sangat bermakna serta memberi impak tersendiri di dalam melahir sebuah koperasi yang berwibawa serta kompetan di dalam masyarakat.
Semoga dipermudahkan segala urusan Ahli Lembaga KOPUBI Perak Bhd di dalam usaha menjayakan misi & visi koperasi membangunkan ekonomi dan menjana gerakan koperasi di Negeri Perak ini.
Semoga KOPUBI Perak Bhd terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Koperasi Usahawan yang berpendapatan tinggi, berinovatif serta menjadi sebuah koperasi usahawan yang disegani pada masa akan datang.
Insyallah..
#KOPUBI #KoperasiUsahawan #CaknaEkonomiBangsa #GerakanKoperasi #Malaysia
KOMEN TERKINI