KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 3hb Julai 2020 yang lalu pihak Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah mengadakan lawatan rasmi ke kilang pembuatan ‘Biodegradable Product’ milik Rakan Strategik KOPUBI Perak Bhd iaitu Syarikat EcoBio Pack Sdn Bhd di Subang Jaya, Selangor.

Mengetuai deligrasi KOPUBI Perak Bhd ini adalah Pengerusi KOPUBI iaitu En Sharul Baha Abd Rahman, Bendahari KOPUBI, Pn Samsiah, Ahli Lembaga Koperasi Pn Noorzalina serta beberapa orang Ahli Jawatankuasa Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI).

Kehadiran deligrasi koperasi telah disambut oleh staf-staf syarikat dan kemudiannya membawa para deligrasi melawat kilang yang menghasilan produk mesra alam ‘Paper Straw’ yang dipasarkan oleh KOPUBI.

AKTIVITI KOPERASI YANG LALU: Majlis Menandatangani Perjanjian Tabung Modal Pusingan (TMP)

Para deligrasi juga telah diberi penerangan terperinci tentang proses pembuatan produk mesra alam ‘Paper Straw’ ini oleh juruteknik mesin produksi yang bertugas.

Untuk makluman semua, produk ‘Biodegradable’ adalah produk pengguna yang mesra alam, mudah urai dan senang dilupuskan secara semulajadi. Dengan penggunaan produk yang mesra alam ini kita mampu menyelamatkan bumi kita yang sedang tenat.

Untuk makluman semua juga, produk plastik pakai buang seperti pembungkus makanan dan minuman mahupun straw yang kita gunakan sehari-harian, mengambil masa sehingga 100-500 tahun untuk dilupuskan dan sebenarnya tiada tempoh yang pasti bahawa bahan-bahan ini benar-benar akan reput atau lupus.

Berbeza dengan produk mudah urai (Biodegradable) ini, ianya hanya mengambil masa kurang dari 4 bulan untuk reput dan terurai dengan sendirinya.

Penggunaan bekas polisterin dan straw bukan saja tidak mudah lupus malah boleh menyebabkan pencemaran dan menghasilkan bahan kimia yang mengancam kesihatan manusia serta dikaitkan dengan pelbagai penyakit terutamanya kanser.

Alhamdulillah, KOPUBI Perak bhd telah dilantik sebagai pengedar tunggal produk ini di Negeri Perak dan kini membuka jualan kepada mereka yang berminat untuk membantu kami memelihara alam sekitar kita.

KOPUBI Perak Bhd sebagai salah sebuah koperasi usahawan yang prihatin dan menyintai alam sekitar dengan ini menyeru kepada semua pemilik-pemilik restoran, kedai makan, food court dan sebagainya untuk sama-sama mengambil tanggungjawab dan inisiatif ini demi masa depan anak dan cucu kita.

Demi menjaga alam sekitar kita yang kian terancam ini, maka marilah kita sama-sama bertukar kepada Produk Mesra Alam ‘Biodegradable’ ini. Segalanya bermula dari anda!

Melalui usaha murni yang bakal anda laksanakan ini maka akan tercapailah matlamat kita untuk memelihara bumi malah kesannya nanti akan dinikmati bersama oleh anak dan cucu cicit kita pada masa hadapan.

Semoga dengan ini usaha ini juga akan menjadi pemangkin kepada KOPUBI untuk terus maju dan berjaya di dalam sektor koperasi di negara kita ini serta diucapkan jutaan terima kasih kepada Syarikat EcoBio Pack Sdn Bhd kerana memberi peluang kerjasama ini.

Doakan yang terbaik supaya kami dapat membawa KOPUBI ke peringkat yang lebih tinggi.

Insyallah..

Semoga usaha yang dilakukan oleh Ahli Lembaga Pengarah KOPUBI Perak Bhd ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak.

Insyallah..”

Saudara Mohamad Jamean Zulkepli
Setiausaha Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd.