
KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.
Terkini pada 24hb Ogos 2020 yang lalu, Pengerusi Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd. En. Sharul Rahman bersama beberapa Ahli Lembaga Koperasi iaitu Pn Norzalina Yusof dan Cik Mawardah telah mengadakan lawatan ke Tapak Premis Cadangan bagi pembukaan Cawangan Operasi Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd dan juga Cawangan ‘Premium Courier Point’ J&T Ekspress di bawah selian pihak KOPUBI Perak Bhd.
Turut hadir ke lawatan ini adalah wakil daripada pihak J&T Ekspress Malaysia dari Ibu Pejabat Negeri Perak iaitu Mr Jeff selaku Business Development Executive J&T Eskpress Malaysia.
Premis berhadapan Pasaraya Besar Tesco Bandar Seri Iskandar ini telah menjadi pilihan utama bagi tujuan yang dinyatakan di atas dan dijangka proses menandatangani perjanjian penyewaan akan dijalankan tidak lama lagi.
AKTIVITI KOPERASI YANG LALU: Perbincangan Bersama Wakil J&T Ekspress
Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah bercadang untuk melebarkan sayap perniagaannya di dalam bidang perkhidmatan penghataran barang dan dokumen di bawah jenama J&T Malaysia hasil usahasama yang berjaya dijalinkan di antara kedua-dua pihak baru-baru ini.
Melalui usaha ini, pihak KOPUBI Perak Bhd dijangka akan menjana pendapatan yang kosisten serta menguntungkan dan akan memberi pulangan jangka masa panjang kepada peningkatan ekonomi KOPUBI Perak Bhd.
Adalah menjadi harapan kepada Ahli Lembaga Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd untuk terus menjalankan aktiviti ekonomi yang produktif bagi memastikan objektif penubuhan KOPUBI Perak Bhd tercapai dalam tempoh 5 tahun pertama penubuhannya.
Semoga usaha ini memjadi pemangkin kepada masa hadapan yang lebih gemilang dan semoga KOPUBI Perak Bhd menjadi salah sebuah koperasi yang unggul di Negeri Perak dan seterusnya menjadi contoh kepada koperasi lain di negara ini secara amnya.
Insyallah..
KOMEN TERKINI