
PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN
Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.
Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti sosial, kebajikan dan kemasyarakatan.
Terkini pada 30hb Mei 2022 yang lalu, PUBI Perak telah menghadiri Majlis Hari Terbuka Agensi Usahawan Perak Dan Potluck Sesuci Lebaran Usahawan Perak tahun 2022 anjuran Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) dengan kerjasama agensi-agensi keusahawanan, NGO Keusahawanan dan Usahawan-usahawan Negeri Perak.
AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Mesyuarat Penyelarasan Majlis Sambutan Hari Raya Agensi Usahawan
Majlis yang telah berlangsung di Halal Park MARA, Tambun, Ipoh Perak ini telah mendapat sambutan yang sangat meriah dan telah dihadiri lebih 1,000 tetamu yang terdiri daripada usahawan-usahawan di negeri Perak ini.
Tetamu kehormat bagi Majlis ini adalah Yang Berhormat Dato’ Zainol Fadzi Paharudin selaku Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.
Menghadiri majlis ini mewakili Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak adalah En. Sharul Rahman selaku pengerusi persatuan, En Mohamad Nafis selaku Bendahari PUBI Perak, Pn. Zuraida Zulkepli selaku Penolong Setiausaha PUBI Perak serta Ahli Jawatankuasa Induk PUBI Perak iaitu Pn Norhuda Abd Razak, En Khairul Akmal dan En Muhammad Farhan.
Majlis yang gilang gemilang ini adalah kali kedua diadakan dan ianya di atas inisiatif En. Mohamad Rozlan bin Mohamad Razalli selaku Pengarah selaku Pengarah Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) serta Pn. Lailatul Asman selaku Pengarah MARA Negeri Perak yang juga merupa tuan rumah bagi majlis ini.
Turut hadir pada Majlis Hari Terbuka Agensi Usahawan Perak Dan Potluck Sesuci Lebaran Usahawan Perak tahun 2022 ini adalah Ketua-ketua agensi dan pengarah agensi keusahawanan di Negeri Perak seperti TEKUN, PUNB, SME Corp, Amanah Ikhtiar Malaysia dan lain-lain lagi.
Turut hadir juga adalah Pengerusi-pengerusi dan AJK NGO Keusahawanan seperti Persatuan Tunas Usahawan Perak (PETA), Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Negeri Perak (PPPKM), Kelab Usahawan Bandar Meru Raya, PERDASAMA Negeri Perak dan lain lain lagi.
Tidak ketinggalan seramai hampir 1,000 tetamu yang terdiri daripada usahawan-usahawan di Negeri Perak telah hadir untuk beramai mesra disamping menikmati juadah-juadah lazat yang telah disediakan.
Alhamdulillah, syukur kepada yang Maha Esa kerana majlis yang telah dirancang ini dengan lancar dan mengikut jadual yang ditetapkan serta telah menjadi satu memori indah dikalangan tetamu-tetamu yang hadir.
PUBI Perak selaku NGO Usahawan melalui Pengerusinya iaitu En Sharul Rahman telah menyatakan pendirian bahwan akan terus menerus memberi sokongan padu bagi menjayakan segala aktiviti keusahawanan termasuklah majlis yang telah diadakan ini serta akan menyumbang tajaan dan tenaga mengikut kemampuan persatuan.
Semoga dengan berjayanya majlis ini akan mengukuhkan lagi hubungan sesama usahawan dan ukhwah di kalangan pengurusan Agensi keusahawanan, kepimpinan NGO keusahawanan dan usahawan-usahawan di Negeri Perak ini.
PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang murni di dalam menyantuni masyarakat di samping menganjurkan aktiviti bagi membangunkan usahawan serta bakal usahawan termasuk peniaga-peniaga kecil di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.
Semoga PUBI Perak terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.
Insyallah..
KOMEN TERKINI