PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DISAMPING MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN AMAL UNTUK MEMBANTU MASYARAT DI LUAR SANA.

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.

Terkini pada 18hb Jun 2022 yang lalu, telah berlangsung sebuah majlis iaitu Majlis Perasmian Penutup Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) 2022 yang telah dianjurkan oleh PUBI Perak selaku Persatuan Usahawan dan NGO yang aktif di Negeri Perak dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Bahagian Kesejahteraan Bandar.

AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Kursus Pembuatan Kuih Muih Sejuk Beku

Program tersebut telah berlangsung selama 7 hari di Tower Regency Hotel & Apartments, Ipoh Perak bermula pada 12hb Jun 2022 yang lalu sehingga 18hb Jun 2022 dan telah disertai oleh peserta dari negeri Perak dan Pulau Pinang

Ahlamdulillah, seramai 45 orang peserta telah tamat mengikut kursus tersebut dengan jayanya dan telah dilatih dengan ilmu-ilmu keusahawanan serta mereka ini diberi latihan dan praktikal mengikut 2 bidang kursus yang telah ditawarkan iaitu Kursus Perkhidmatan Pembaikan Telefon Bimbit dan Kursus Pembuatan Kuih Muih Sejuk Beku.

Kursus ini dijangka dapat meningkatkan ekonomi serta pendapatan mereka bagi maksud mencapai matlamat program yang telah ditetapkan iaitu untuk meningkatkan kemahiran kumpulan sasar supaya mampu mengusahakan perniagaan yang boleh memberikan pendapatan lebih tinggi seterusnya meningkatkan kualiti hidup dan keluar dari kemiskinan.

Alhamdulillah melalui kursus tersebut, para peserta yang terpilih telah mempelajari banyak ilmu keusahawan dan kemahiran serta perkara penting untuk meningkatkan jati diri serta mengubah cara berfikir untuk maju di dalam dunia keusahawanan.

Setelah 7 hari berkursus dengan penuh tekun dan bersemangat waja akhirnya para peserta diraikan pada sebuah majlis penutup yang gilang gemilang di mana wakil kepada Setiausaha Bahagian, Bahagian Kesejahteraan Komuniti Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan iaitu Cik Nur Ashikin binti Ruslan selaku Penolong Setiausaha Bahagian Kesejahteraan Komuniti telah sudi meluangkan masa untuk hadir sebagai tetamu kehormat seterusnya membuat perasmian penutup pada majlis itu.

En. Sharul Rahman selaku Pengerusi Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) telah menyampaikan sedikit cendramata dan hamper kepada Cik Nur Ashikin binti Ruslan selaku Penolong Setiausaha Bahagian Kesejahteraan Komuniti.

Beliau hadir mewakili Ybhg Dato’ Muhamad bin Musa selaku Setiausaha Bahagian, Bahagian Kesejahteraan Komuniti Kementerian Perumahan Kerajaan dan Tempatan yang tidak dapat hadir di saat akhir di atas urusan yang tidak dapat dielakkan.

Hadir mewakili Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) pula adalah Tuan Pengerusi Persatuan, En. Sharul Rahman dan juga Timbalan Pengerusi Persatuan iaitu En. Shahrul Izam.

Cik Nur Ashikin binti Ruslan selaku Penolong Setiausaha Bahagian Kesejahteraan Komuniti sangat berbesar hati untuk membuat ucaptama seterusnya merasmikan penutupan majlis dan diikuti dengan sesi penyerahan Sijil Penyertaan dan Tamat Kursus kepada 45 peserta Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) 2022 ini.

Akhir sekali, En. Sharul Rahman selaku Pengerusi Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) telah menyampaikan sedikit cendramata dan hamper kepada beliau serta mengirim cendramata buat Yang Berbahagia Dato’ Muhammad bin Musa yang tidak dapat hadir.

Di sini, Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) ingin merakamkan ucapan setinggi terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang sudi memberi peluang kepada Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) untuk melaksanakan program ini di bawah kementerian dan ini adalah satu penghormatan serta pengiktirafan terbesar yang diterima oleh persatuan sejak ditubuhkan pada tahun 2016 yang lalu.

Adalah menjadi harapan semua pihak agar program ini dapat memberi impak ekonomi yang besar kepada peserta yang bakal terpilih serta mampu menjadikan mereka seorang usahawan yang berdaya maju serta berdaya saing pada masa hadapan.

PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.

Semoga PUBI Perak terus maju dan mampan sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.

Insyallah..

#PUBIPerak #KumpulanPUBI #NGOUsahawan #NGOPerak