PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DISAMPING MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN AMAL UNTUK MEMBANTU MASYARAKAT DI LUAR SANA.

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.

Terkini pada 20hb Februari 2025 yang lalu telah berlangsung Majlis Taklimat kepada Pelesen-pelesen Bazar Ramadan dalam kawasan pentadbiran MBI di mana majlis ini telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Stadium Indera Mulia, Ipoh Perak.

AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Mesyuarat AJK Induk PUBI Perak Bil – 04/2024

Mewakili Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) ke Majlis ini adalah Tuan Pengerusi En Sharul Rahman dan Bendahari Persatuan iaitu Saudara Mohammad Nafis bin Zamah Sari dan Ahli Jawatankuasa En Khairul Akhmal.

Perasmian Majlis ini telah disempurnakan oleh Y.Brs. Encik Ahmad Munir bin Ishak, PMP. selaku Setiausaha Bandaraya Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan turut dihadiri Y.Bhg. Datuk Hj. Mazlan b. Abdul Rahman, Ketua Whip Ahli Majlis MBI.

Taklimat disampaikan oleh Pn. Sunmuglvadivu Elumalai dari Pejabat Kesihatan Daerah Kinta, En. M. Raman a/l Maran dari Jabatan Kesihatan Persekitaran MBI, En. Mohammad Faiz b. Mohd. Shafie dari PERKESO Negeri Perak, Tn. Md Nasir b Mohammed, dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Perak, wakil dari syarikat Green Energy Asia Biofuel Resources Sdn. Bhd. rakan strategik ekonomi kitaran MBI dan wakil dari Bank Simpanan National (BSN). Perak.

Klinik A&A Medan Gopeng juga turut hadir membuka booth promosi bagi mana-mana peniaga yang ingin mendapatkan suntikan anti-typhoid pada harga istimewa.

Pada tahun ini sebayak 21 lokasi bazar Ramadan dengan 1,408 petak telah diluluskan oleh MBI. Seramai 500 pelesen bazar ramadan menghadiri taklimat ini.

Program ini adalah komitmen dan usaha berterusan MBI dalam memberi penerangan dan kesedaran supaya makanan yang sedia dan dipamer untuk jualan oleh peniaga-peniaga Bazar Ramadan dalam kawasan pentadbiran MBI adalah bersih, selamat, penyediaan makanan yang halal dan berkualiti untuk dimakan.

Mewakili Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) ke Majlis ini adalah Tuan Pengerusi En Sharul Rahman dan Bendahari Persatuan iaitu Saudara Mohammad Nafis bin Zamah Sari (tiada dalam gambar) dan Ahli Jawatankuasa En Khairul Akhmal.

Semoga melalui taklimat yang disampaikan risiko keracunan makanan di Bazar-Bazar Ramadan dapat dielakkan. Bazar Ramadan pada tahun ini adalah berkonsepkan ‘Mesra Alam’ denan melakukan aktiviti Ekonomi Kitaran di semua Bazar Ramadan. Antara aktiviti tersebut adalah :-

  • Galakan penggunaan bungkusan makanan jenis Biodegradasi dan membawa bekas makanan sendiri oleh pengunjung bazar.
  • Kutipan Minyak Masak Terpakai dari semua Peniaga Bazar Ramadan untuk dijadikan ‘Bio-Fuel’ dilaksanakan oleh Syarikat Rakan Strategik MBI iaitu Green Energy Asia Biofuel Resources Sdn. Bhd.
  • Menggalakkan Penggunaan bayaran Tanpa Tunai / E-Wallet dalam urusan jual beli dengan usahasama bank-bank terpilih.
  • Program MySafeFood@Ramadan2025 iaitu agihan lebihan makanan selamat yang tidak terjual akan dikumpul oleh Pemuda Gema Perak daripada peniaga-peniaga Bazar Ramadan yang ingin menyumbangkan lebihan makanan yang tidak terjual dimana ianya akan diagihkan kepada golongan yang memerlukan.

Program ini bakal dilaksanakan di empat ( 4 ) lokasi bazar Ramadan iaitu Bazar Ramadan Taman Cempaka, Taman Silibin, Taman Perpaduan, dan Perkarangan Stadium Perak.

Program ini bakal dijayakan dengan kerjasama 80 orang belia dan mahsiswa dari 6 kumpulan persatuan.

Tahniah kepada pihak MIB kerana berjaya menganjurkan sebuah program yang sangat berjaya dan Program ini membuktikan komitmen dan usaha MBI dalam memberi penerangan dan kesedaran supaya makanan yang sedia dan dipamer untuk jualan oleh peniaga-peniaga Bazar Ramadan dalam kawasan pentadbiran MBI adalah bersih, selamat, penyediaan makanan yang halal dan berkualiti untuk dimakan.

Semoga melalui taklimat yang disampaikan risiko keracunan makanan di Bazar-Bazar Ramadan dapat dielakkan.

PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang murni di dalam menyantuni masyarakat di samping menganjurkan aktiviti bagi membangunkan usahawan serta bakal usahawan termasuk peniaga-peniaga kecil di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.

Semoga PUBI Perak terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.

Insyallah.. 

#PUBI #NGOusahawan #BantuUsahawan #NGOPerak