
KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENINGKATKAN JANA PEMBANGUNAN EKONOMI DI NEGERI PERAK.
Terkini pada 24hb Januari 2024 yang lalu telah berlangsung Malam Apresiasi Rakan Niaga Korporat MyAngkasa Amanah Berhad 2024 anjuran syarikat MyAngkasa Amanah Bhd bertempat di Wyndham Grand Bangsar, Kuala Lumput.
Mewakili KOPUBI Perak Bhd ke Malam Apresiasi Rakan Niaga Korporat MyAngkasa Amanah Berhad 2024 adalah En Sharul Rahman selaku Pengerusi KOPUBI Perak Bhd dan Pengurus Kumpulan MAAB Team KOPUBI iaitu Saudara Aiman.
MyAngkasa Amanah Berhad (MAAB), anak syarikat Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) yang juga syarikat amanah tunggal milik koperasi di Malaysia, melakar sejarah baharu dengan menawarkan perkhidmatan pendaftaran wasiat dan hibah secara digital.
AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI: Booth Pameran Perkhidmatan MyAngkasa Amanah Bhd
Sistem Tandatangan Digital bagi produk Wasiat dan Hibah itu dilihat akan mengoptimumkan proses pendaftaran sehingga 90 peratus.
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah, Presiden ANGKASA berkata, selaras dengan aspirasi Malaysia Madani, penjawat awam kini berpeluang mendaftar produk perancangan harta pusaka dan membuat bayaran secara bulanan melalui potongan gaji BPA ANGKASA, menjadikannya lebih mudah dan berpatutan.
Katanya, inisiatif ini selaras dengan hasrat untuk beralih daripada sistem fizikal kepada teknologi digital, menjadikan MAAB sebagai peneraju transformasi digital dalam industri amanah.
“Sebagai pelopor dalam perkhidmatan perancangan harta pusaka digital, MAAB mencatatkan pendapatan kasar berjumlah RM30.56 juta pada tahun 2024 dengan peningkatan sebanyak 28 peratus berbanding tahun sebelumnya.”
“Kejayaan ini mencerminkan kepercayaan masyarakat kepada satu-satunya entiti koperasi dalam negara yang menjalankan amanah wasiat, hibah dan pusaka setelah lebih sedekad MAAB berada dalam dunia perancangan dan pentadbiran harta pusaka,” katanya ketika merasmikan Majlis Malam Apresiasi Rakan Korporat 2024 Dan Pelancaran Logo Baharu MyAngkasa Amanah Berhad (MAAB), di sini.
Menerusi pelancaran logo baharu yang bertemakan “Pengukuhan Strategi Jaringan Perniagaan” untuk tahun 2025, MAAB turut mengumumkan sumbangan wakaf korporat kepada Yayasan ANGKASA bernilai RM250,000 dan Yayasan Infaq ANGKASA berjumlah RM66,089.
Dalam majlis tersebut MAAB turut meraikan rakan korporat dari pelbagai kategori termasuk institusi kewangan, syarikat korporat, koperasi dan agensi kerajaan serta meraikan kejayaan MAAB mengharungi 11 tahun dalam perniagaan.
Anugerah Jualan Wasiat Tertinggi – Kategori Institusi Kewangan (Bank) telah dijuarai oleh Bank Simpanan Nasional (BSN), tempat kedua dimenangi oleh Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat) manakala tempat ketiga dimenangi oleh Bank Pertanian Malaysia Berhad (AGRO Bank).

Pemenang membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 (Juara), RM7,000 (Naib Juara) dan RM5,000 (Tempat Ketiga) serta hadiah iringan trofi dan sijil.
Bagi Anugerah Jualan Wasiat Tertinggi – Kategori Rakan Niaga pula dimenangi oleh KM Uyil Writing Service manakala Qaizer Consultancy Sdn Bhd di tempat kedua.
Anugerah Rujukan Pusaka Tertinggi 2024 pula dinobatkan kepada Bank Simpanan Nasional (BSN) sebagai pemenang utama bagi kategori tersebut.
Bank Pertanian Malaysia Berhad (AGRO Bank) pula di tempat kedua dan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat) di tempat ketiga.
Untuk makluman semua, pada bulan Jun 2024 yang lalu, KOPUBI Perak Bhd telah dilantik sebagai Rakan Niaga Premium Koperasi dengan kerjasama anak syarikat ANGKASA iaitu MyAngkasa Amanah Bhd.
Melalui pelantikan ini, KOPUBI Perak Bhd boleh memberi perkhidmatan serta memasarkan semua produk-produk serta perkhidmatan yang ditawarkan oleh MyAngkasa Amanah Bhd pada kadar yang diselaraskan kepada semua pelanggan.
Dengan ini KOPUBI Perak Bhd telah menjadi sebuah hub penyedia perkhidmatan ini dan bakal menjadi sebuah koperasi yang kompiten serta berdaya maju.
Semoga dengan adanya perkhidmatan tambahan ini maka dijangka perolehan kepada pendapatan tahunan KOPUBI Perak Bhd akan berjaya dipertingkatkan lagi ke tahap yang lebih tinggi.
Seterusnya menjadikan KOPUBI Perak Bhd sebagai salah sebuah Koperasi yang mampan serta mencapai objektif yang telah digariskan sejak penubuhannya.
Diharapkan dengan usaha yang dilakukan ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota KOPUBI Perak Bhd disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak.
Semoga KOPUBI Perak Bhd akan mampu menjadi salah sebuah koperasi yang kompiten serta memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak pada masa hadapan.
Insyallah..
#KOPUBI #MyAngkasaAmanah #KoperasiUsahawan #MencaknaEkonomiBangsa #GerakanKoperasi #Malaysia
KOMEN TERKINI