KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 26hb Jun 2022 yang lalu telah berlangsung dengan jayanya Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI) Kali-4 bertempat di Dewan TT, TAJ International College yang beralamat di No.100-102, Jalan Tun Abdul Razak, Ipoh Perak.

Alhamdulillah, mesyuarat ini telah berjalan dengan baik selaras dengan peruntukkan undang-undang kecil penubuhan koperasi serta aturan-aturan yang telah ditetapkan dan telah dipengerusikan oleh En Sharul Rahman selaku Pengerusi KOPUBI Perak Bhd. Turut hadir adalah barisan Ahli Lembaga Koperasi serta anggota koperasi seramai 130 orang dan untuk makluman semua mesyuarat ini turut diadakan secara di dalam talian menggunakan platform Google Meet.

AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI: Persediaan Mesyuarat Agung Tahunan KOPUBI Perak Bhd Kali Ke-4

Syukur, Mesyuarat telah berjalan dengan lancar dan tersusun di mana pada sebelah pagi acara dimulakan dengan Majlis Perasmian oleh Tetamu VIP pada mesyuarat tersebut iaitu Berbahagia Prof.Madya Dato Dr Hji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik selaku Timbalan presiden ANGKASA. Yang Berbahagia Dato’ sangat berbesar hati untuk membuat ucapan perasmian seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd Kali Ke-4 ini. Turut hadir pada majlis perasmian adalah Berusaha Puan Tina Tajuddin selaku Ketua Pegawai Executife Taj International College di mana beliatu turut memberi ucapan alu-aluan dan menerangkan fungsi serta peranan Taj International College di dalam usaha membangunkan keusahawanan di Negeri Perak ini.

Pada majlis perasmian tersebut turut berlangsung acara penyerahan Bantuan Persekolahan kepada Anggota kategori B40 serta cabutan bertuah di mana Yang Berbahagia Dato’ telah berbesar hati untuk menyampaikan bantuan serta cabutan bertuah itu kepada para penerima.

Ahli jawatankuasa KOPUBI bersama yang Berbahagia Prof.Madya Dato Dr Hji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik selaku Timbalan presiden ANGKASA dan Puan Tina Tajuddin selaku Ketua Pegawai Executife Taj International College

Seterusnya, En. Sharul Rahman selaku Pengerusi KOPUBI Perak Bhd telah mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan KOPUBI Perak Bhd Kali Ke-4 dengan membentangkan agenda yang telah ditetapkan mengikut peruntukkan undang-undang kecil penubuhan koperasi dan aturan yang telah ditetapkan.

Alhamdulillah, segala usul dan perbahasan oleh para anggota telah berjalan dengan lancar seperti mana dirancang serta segala usul yang dibawa telah diluluskan sebulat suara oleh para anggota yang akan hadir. Diharapkan dengan usaha yang dilakukan ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota KOPUBI Perak Bhd disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak.

Semoga KOPUBI Perak Bhd akan mampu menjadi salah sebuah koperasi yang kompiten serta memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak pada masa hadapan.

Insyallah.. 

#KOPUBI #KoperasiUsahawan #MencaknaEkonomiBangsa #GerakanKoperasi #Malaysia