PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti sosial, kebajikan dan kemasyarakatan.

Terkini pada 23hb Mei 2022 yang lalu, PUBI Perak telah dijemput untuk menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Majlis Sambutan Hari Raya Agensi Usahawan Dan Usahawan Negeri Perak 2022 yang telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Pejabat Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) di Bandar Meru Raya, Ipoh Perak.

AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Sahabat OKU Perak 2022

Menghadiri mesyuarat ini mewakili Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak adalah En. Sharul Rahman selaku pengerusi persatuan dan Pn. Zuraida Zulkepli selaku Penolong Setiausaha PUBI Perak serta En Muhamad Farhan selaku Ahli Jawatankuasa Induk PUBI Perak.

Mesyuarat yang diadakan bagi membincangkan penyelarasan Mesyuarat Penyelarasan Majlis Sambutan Hari Raya Agensi Usahawan Dan Usahawan Negeri Perak 2022 telah dipengerusikan oleh En. Mohamad Rozlan bin Mohamad Razalli selaku Pengarah selaku Pengarah Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) serta Pn. Lailatul Asman selaku Pengarah MARA Negeri Perak yang juga merupa tuan rumah bagi majlis ini nanti.

Turut hadir pada mesyuarat ini adalah Ketua-ketua agensi dan pengarah agensi keusahawanan di Negeri Perak seperti TEKUN, PUNB, SME Corp, Amanah Ikhtiar Malaysia dan lain-lain lagi.

Turut hadir juga adalah Pengerusi-pengerusi dan AJK NGO Keusahawanan seperti Persatuan Tunas Usahawan Perak (PETA), Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Negeri Perak (PPPKM), Kelab Usahawan Bandar Meru Raya, PERDASAMA Negeri Perak dan lain lain lagi.

Alhamdulillah, mesyuarat ini telah berjalan dengan lancar dan dirancang serta tarikh bagi Majlis Sambutan Hari Raya Agensi Usahawan Dan Usahawan Negeri Perak 2022 telah ditetapkan dan dipersetujui iaitu pada 30hb Mei 2022 yang akan datang ini.

PUBI Perak melalui Pengerusinya iaitu En Sharul Rahman pada mesyuarat ini telah menyatakan pendirian serta sokongan padu bagi menjayakan majlis yang bakal diadakan ini serta akan menyumbang tajaan mengikut kemampuan persatuan.

Semoga dengan berjayanya majlis yang dirancang ini akan mengukuhkan lagi ukhwah di kalangan pengurusan Agensi keusahawanan, kepimpinan NGO keusahawanan dan usahawan-usahawan di Negeri Perak ini.

PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang murni di dalam menyantuni masyarakat di samping menganjurkan aktiviti bagi membangunkan usahawan serta bakal usahawan termasuk peniaga-peniaga kecil di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.

Semoga PUBI Perak terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.

Insyallah..

#PUBI #NGOusahawan #BantuUsahawan